Insan & Komuniti 20 Aug, 2021

Kerana bluetick WhatsApp je! Isteri dijatuhkan talak, dituduh curang! Anak dan ibu bapa bergaduh!

@nur syamila kamarul arefin
Alumni Universiti Sains Malaysia dalam bidang kewartawanan. Pernah berkhidmat sebagai seorang wartawan dan juga penulis di dua buah syarikat. Masih lagi belajar menjadi seorang penulis.

Share this


PENCERAIAN sering berlaku berpunca kerana kes remeh-temeh dan ada yang tidak masuk akal. Alasan paling popular dalam kes pasangan bercerai ialah tiada persefahaman suami isteri

Secara purata, dianggarkan lebih 50 peratus fail kes menjadikan ia salah satu alasan utama. Alasan kedua popular ialah kedua-dua belah pihak telah mempunyai kata sepakat untuk bercerai.

Apakah yang terjadi dalam masyarakat sehingga perceraian menjadi seperti perkara mainan sahaja. Apabila berlaku perceraian, sama ada kita ingin akui atau tidak, anak yang paling kuat menerima kesannya. Anak mangsa cerai terpaksa tinggal dengan ibu atau bapa


Lagi cerita-cerita sedih berkaitan perceraian



Tular dalam Twitter perkongsian Dr Hazreen A. Rasyid bagaimana bluetick dalam WhatsApp boleh menyebabkan permasalahan sesebuah perhubungan sehingga boleh menghancurkan dan memusnahkan kepercayaan seseorang

Daripada kisah seorang gadis dalam Twitternya berkongsikan bagaimana isu bluetick menghancurkan rumah tangga ibu bapanya

Ibunya meletakkan telefon di dalam bilik dan pergi membancuh kopi, pada waktu itu si bapa telah menghantar mesej kepada ibunya tetapi mesej tersebut dilihat oleh ayahnya bluetick sebelum si ibu membalas WhatsApp tersebut. Lebih mengejutkan ayahnya menuduh si ibu berlaku curang kepadanya.  

Lebih parah si ayah telah melafazkan lafaz cerai kepada si ibu melalui WhatsApp. Keesokan harinya si bapa menyesal dan memohon maaf. Namun kesilapan ini tidak boleh diundur. 



Oleh kerana perkongsian doktor ini dalam Twitter, terdapat anak-anak yang meluah rasa terkilan apabila dituduh lupa keluarga selepas tidak membalas WhatsApp

Sedangkan anak-anak sedang sibuk dalam waktu pejabat dan pastinya tekanan sedemikian rupa boleh menganggu emosi sesiapa sahaja.



Ingat, sebelum kita melakukan apa-apa keputusan jangan bertindak melulu seperti ini. Jangan ikutkan perasaan atau apa sahaja, fikirkan perhubungan kita yang sudah lama dibina

Disebabkan hal bluetick sahaja, sesebuah perhubungan itu boleh hancur begitu sahaja. - KitaReporters

0
1
1
0
0
You will be interested