Seni & Sukan 16 Nov, 2021

Video| Aduhailah anak! Disangka barang mainan, rupanya ikan segar! Siap dikucup-kucupnya lagi!

@nur syamila kamarul arefin
Alumni Universiti Sains Malaysia dalam bidang kewartawanan. Pernah berkhidmat sebagai seorang wartawan dan juga penulis di dua buah syarikat. Masih lagi belajar menjadi seorang penulis.

Share this

https://www.tiktok.com/@pipieeycka/video/7028743959010626842?sender_device=pc&sender_web_id=7030295430412142082&is_from_webapp=v1&is_copy_url=0


MOMEN bersama anak ketika melalui zaman kecil pasti menghiburkan selain menjadi detik yang paling tidak akan dilupakan bagi setiap ibu bapa bagi melihat perjalanan pembesaran mereka.

Terbaharu, tular video TikTok menunjukkan seorang kanak-kanak kelihatan memegang seekor ikan mentah pada tangan sambil menyuap ke arah mulutnya seperti memberi ciuman kepada ikan berkenaan.

Aksi berkenaan dirakam olah ibunya secara senyap-senyap selepas terkedu melihat aksi si kecil tersebut.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan video tular


Kanak-kanak ini asyik bermain dengan ikan segar


Mungkin kanak-kanak itu menganggap ikan yang dipegangnya itu adalah mainan.

Lebih mengujakan si ibu memberitahu anaknya 'mencuri' ikan segar yang baharu dibeli yang diletakkan di dapur.

Selepas kejadian anaknya mencium ikan, ibunya segera membersihkan anaknya untuk menjaga kebersihan dan kesihatan anak.

Rata-rata netizen yang melihat video ini berasa geli hati melihat telatah kanak-kanak ini seolah-olah memberi bantuan pernafasan kepada ikan tersebut.



Ternyata video kanak-kanak ini telah meraih 400 ribu tontonan dan hampir 28 ribu tanda suka setakat 2 petang, 16 November 2021.

Betullah kata orang tua-tua jangan biarkan anak seorang diri, panjang akalnya. - KitaReporters



10
17
0
10
0
You will be interested