Wanita 17 Nov, 2019

KRU PELAYAN PENUMPANG YANG BAIK HATINYA

@yati yazid
Pernah bertugas sebagai wartawan di Utusan Malaysia. Masih mewarnai dunia penulisan sehingga kini.

Share this
BERTUGAS sebagai kru kereta api dengan mengurus perjalanan yang panjang bukan tugas mudah, bukan hanya sekadar memberi keselesaan kepada penumpang dan menghidangkan makanan semata-mata. : KitaReporter.Com

KRU wanita cuba memenangkan penumpang yang mendapat perkhabaran duka ketika dalam perjalanan berkenaan. - Foto SCMP/Facebook


Baru-baru, sikap profesional seorang kru dalam sebuah tren di Taiwan menjadi tular selepas berjaya kawal keadaan dan bijak mententeramkan seorang penumpang di dalam kereta api berkenaan.

Kejadian yang berlaku di sebuah stesen kereta api Taiwan dikesan selepas seorang penumpang secara tiba-tiba dilihat meraung selepas mendapat khabar buruk ketika dalam perjalanan tersebut.

Melihat pada keadaan itu, wanita yang bekerja sebagai kru tren berkenaan lantas melutut di sisi penumpang terbabit bagi meredakan keadaan.

Lebih mulia pekerja wanita itu dikatakan memujuk selama sejam sehinggalah mereka tiba di stesen berikutnya.

Turut kelihatan, pekerja wanita itu sempat mengesat air mata penumpang selain menggosok bahu penumpang sebagai tanda supaya terus bersabar.

Sememangnya, bukan semua orang berkebolehan dan tahu cara untuk bertindak balas dalam keadaan yang tidak dijangka.

Malah, setibanya di stesen yang dituju, pekerja wanita berkenaan turut membantu mengangkat beg penumpang selain membantu memimpin.

PENUMPANG dipimpin oleh kru tren selepas tiba di destinasi yang dituju.  - Foto SCMP/Facebook


Sungguh baik hatinya!

Sikap profesional pekerja tersebut serta tindakannya itu dalam mengendalikan situasi berkenaan sekali gus membuka mata orang ramai yang menyaksikan rakaman video tersebut.

Sehingga entri ini ditulis video tersebut disaksikan lebih 1.1 tontonan.

Semestinya, penumpang tersebut berasa sedikit lega dengan beban yang dihadapi apabila ada pihak lain cuba mententeramkan.

Malah, kita yang menyaksikan pun merasa bangga kerana masih ada insan berhati baik di muka bumi ini. - KitaReporter.Com

17
1
0
0
1
You will be interested

BUAT SAMPAI DAPAT.. DOA IBU SUMBER KEJAYAAN NORKAMALIA

Siri Wanita Hebat : Kelab Khadijah Kuwailid. Siti Norkamalia Khalil, anak jati Johor yang pernah menjual tudung, berniaga kerepek dan membuat serta menjual bahulu

Kartini Mohd Noor in Wanita 5 years ago

NAK KUIH AKOK ORI? MARI KE LESTARI PERDANA

Noor Hidayah Sahak, 30, menjalankan perniagaan kuih akok di Lestari Perdana, Seri Kembangan, Selangor sebagai usaha untuk meneruskan legasi keluarga
Isa Ramli in Wanita 5 years ago

BERITA BAIK! KEPADA IBU-IBU YANG PERLUKAN IVF

Tunku Azizah merasmikan Pusat Alpha IVF & Women’s Specialists (KL), salah satu pusat rawatan kesuburan Persenyawaan In Vitro (In Vitro Fertilisation, IVF) yang terbesar di rantau ini
Editor 1 in Wanita 5 years ago

INAI REENA MERAH, INDAH BERSERI DI JARI

Nurazreena Afiqa Salmi atau nama ringkas Reena, 24, yang ada kedai di Uptown Danau Kota telah berkecimpung dalam seni mengukir inai sejak lima tahun lalu
Ahmad Abd Hamid in Wanita 5 years ago

BUKTI KASIH KEPADA SI BULUS GELANDANGAN

Setiap kali memberi makanan, saya sentiasa berpesan agar mereka (kucing) juga mendoakan saya dimurahkan rezeki, kata Natrah MJ
DSA Wahab in Wanita 5 years ago