Wanita 17 Nov, 2019

NAK KUIH AKOK ORI? MARI KE LESTARI PERDANA

@isa ramli
Penglibatan sebagai wartawan 23 tahun mulai 1984 dan bersara awal 2005 . Jawatan terakhir Penolong Kanan Ketua Penyunting Utusan Melayu di Syarikat Utusan Melayu (M) Berhad. Penyumbang beberapa majalah, media eletronik dan cetak.

Share this
AKOK sejenis kuih tradisonal yang popular di Kelantan. Ia sukar didapati pada hari-hari biasa di luar dari negeri itu kecuali pada waktu-waktu tertentu seperti pada bulan Ramadan atau karnival-karnival khas sahaja. : KitaReporters.com

Kuih-kuih akok yang dihasilkan oleh perusahaan Puan Noor Hidayah Sahak menyelerakan.


Bagaimana pun hasil perkembangan semasa kuih yang menjadi kebanggaan dan boleh dianggap sebagai salah satu trade mark bagi masyarakat negeri Cik Siti Wan Kembang itu sudah boleh diperolehi di beberapa tempat di negara ini.

Jika anda seorang penggemar kuih akok ori dan berada di sekitar kawasan Seri Kembangan, Selangor anda sudah boleh memperolehi kuih tradisonal ini yang baru dimasak dan segar setiap hari dengan mudah. 

Ini berikutan adanya seorang warga jati Kelantan yang mengusahakan pembuatan dan jualan kuih akok asli mengikut adunan asalnya.

Bagi Noor Hidayah Sahak, 30, menjalankan perniagaan tersebut sebagai usaha untuk meneruskan legasi keluarga daripada abangnya yang terpaksa melepaskan aktiviti perniagaan itu kerana tuntutan kerja di luar dari negeri kelahirannya.   

Puan Noor Hidayah membungkus kuih akok yang dipesan oleh salah seorang penggemar kuih tradisonal berkenaan di kedainya di Seksyen 7 Lestari Perdana, Seri Kembangan, Selangor.


Beliau dengan dibantu oleh dua orang pembantu termasuk adik lelakinya menjalankan perniagaan tersebut yang beroperasi di bangunan kedai di Seksyen 7 Lestari Perdana sejak bulan Mac lalu.

Sambutan orang ramai terutama di sekitar Seri Kembangan khususnya di kawasan Lestari Perdana, Bandar Putra Permai, Pinggiran Putra, Taman Puncak Jalil, Seri Indah, Kota Perdana, Taman Equine hinggalah ke Seri Serdang agak menggalakkan.

Ibu kepada dua orang anak yang masih kecil semasa ditemui di kedainya pada Rabu (13/11/2019) lalu memberitahu, antara lain matlamatnya menjalankan inisiatif perusahaan membuat dan menjual akok supaya kuih tradisonal itu tidak pupus dan terus kekal serta diminati kalangan masyarakat pada masa akan datang bukan sahaja oleh mereka yang berasal dari Kelantan tetapi juga sesiapa sahaja.

Kedai milik Puan Noor Hidayah yang terletak di Jalan LP 7/2 Seksyen 7 Lestari Perdana.


Selain itu, katanya, sebagai usaha menambah sumber kewangan keluarga selain suaminya yang bertugas sebagai salah seorang konsultan produk barangan halal di Bandar Baru, Bangi, Selangor.

Berikutan sambutan yang diterima, beliau kini membuka gerai jualan di Kawasan Perniagaan Taman Puncak Jalil 3, juga di Seri Kembangan. Gerai yang beroperasi antara jam 3.00 petang hingga 6.00 petang setiap hari itu diurus kendali oleh adik lelakinya.

Sebelum ini, gerai jualan kuih akok miliknya beroperasi di pinggir jalan di kawasan Persiaran Lestari Perdana  berhadapan Taman Perumahan Kota Perdana, bagaimanapun kawasan tersebut kini terdapat kerja-kerja pembinaan untuk memasang kabel elektrik .

Perusahaan kuih akok yang dijalankan oleh beliau bermula dengan beroperasi dari rumah terutama pada bulan Ramadan sebenarnya mendapat sokongan moral dan galakkan daripada keluarga terutama suami, ibu, ayah dan adik beradik.

Puan Noor Hidayah wanita gigih yang mahu mengekalkan kuih tradisonal Kelantan, akok terus digemari ramai.


Bagaimanapun, hasil sokongan para pengemar kuih akok dan orang ramai yang sentiasa mencari kuih tradisonal yang asli serta segar kerana baru dimasak, Noor Hidayah akhirnya mencari sebuah bangunan kedai dan mendapati sesuai di Blok C, Jalan LP 7/2 , Seksyen 7 Lestari Perdana (LP7) sebagai usaha mengembangluaskan lagi perniagaan, di samping memberi kemudahan kepada orang ramai.

Buat masa ini, kuih akok yang diusahakannya telah diedarkan di beberapa buah restoran dan gerai-gerai perniagaan di sekitar kawasan berhampiran selain mendapat tempahan daripada orang perseorangan. Selain itu, beliau juga sedia menerima tempahan untuk majls-majlis tertentu dan majlis-majlis persendirian khususnya di sekitar kawasan berhampiran LP7 dan Seri Kembangan.

Kedai jualan kuih akok Noor Hidayah beroperasi antara jam 10.00 pagi hingga 6.00 petang setiap hari yang diurus selianya sendiri bersama seorang pembantu.

Menyentuh mengenai masalah yang dihadapi dalam menjalankan perniagaan tersebut, beliau menyatakan kekurangan peralatan untuk proses pembuatan dan memasak kuih berkenaan.

Di mana buat masa ini, hanya ada sebuah dapur untuk memasak kuih akok yang ditempah khas oleh ibunya di Thailand dengan harga RM1,000.00 dan ia terpaksa mengambil masa yang agak lama untuk menyiapkan tempahan atau persiapan bagi jualan harian.

Puan Noor Hidayah sentiasa tabah menunggu para pelanggannya untuk mengambil tempahan yang dibuat sebelum ini.


Selain itu, wanita gigih ini dalam usaha untuk mendapatkan mesin adunan selain menambah dapur untuk memasak bagi memenuhi permintaan kuih akok yang kian meningkat akhir-akhir ini dalam usahanya ke arah mengembangkan lagi perniagaan berkenaan.

"Saya juga merancang untuk menghadiri kursus di Mardi untuk tujuan memperolehi bantuan pinjaman membeli peralatan keperluan sebagai usaha mempercepatkan lagi proses pembuatan kuih tradisonal yang perlu dipertahan daripada terhakis oleh perkembangan kuih-kuih moden sekarang," katanya.

Sekarang ini, para pengemar kuih akok asli dan fresh datang membeli dan membuat tempahan sama ada di kedai yang diuruskan beliau, mahupun di gerai kendalian adiknya di Taman Puncak Jalil 3. 

Selain berhasrat membesar dan memperkembangkan lagi perniagaannya, yang menjadi sasaran mulai tahun depan ialah membuka peluang kepada peniaga gerai atau sesiapa sahaja yang ingin berniaga dengan memberikan harga jualan tertentu bagi membolehkan mereka memperolehi keuntungan setimpal.

Juga Noor Hidayah menjelaskan, akan cuba berusaha mendapatkan sijil halal dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) untuk membolehkan produk keluarannya dipasarkan secara lebih meluas.

Kerja-kerja pembungkusan kuih akok yang diusahakan Puan Noor Hidayah dilakukan dengan cermat dan berhati-hati.


Malahan jika diizinkan dengan adanya sijil halal tersebut kuih akok dijangka mampu menembusi pasaran di luar negara. 

Sekalipun perusahaan kuih akok yang dijalankannya baru menjangkau lapan bulan, bagaimanapun setiap hari mampu menghabiskan 8 kilogram santan cair, 200 biji telur ayam, 4 kilogram tepung gandum dan 4 kilogram gula bagi menghasilkan kuih akok asli yang menjadi buruan para peminatnya serta orang ramai.

Menurutnya, menghasilkan kuih akok ori Kelantan ini perlu pengadunan bahan-bahan seperti telur, gula, tepung gandum dan santan cair yang seimbang dan mengikut nisbah yang ditetapkan supaya hasilnya betul-betul rasa manis dan enak.

Bagi sesiapa yang berminat untuk membuat tempahan bolehlah menghubungi Noor Hidayah Sahak melalui talian atau WhatsApp 017-6866499.

Atau juag boleh datang sendiri ke kedai beliau, Akok Kelante di Ground Floor, Blok C, Jalan LP 7/2, Seksyen 7 Lestari Perdana, Bandar Putra Permai, 43300 Seri Kembangan, Selangor. - KitaReporters.com

Salah seorang penggemar kuih akok membeli hasil tangan yang diusahakan oleh Puan Noor Hidayah di kedainya di Jalan LP 7/2, Seksyen 7 Lestari Perdana, Seri Kembangan, Selangor.

28
3
0
0
1
You will be interested

BUAT SAMPAI DAPAT.. DOA IBU SUMBER KEJAYAAN NORKAMALIA

Siri Wanita Hebat : Kelab Khadijah Kuwailid. Siti Norkamalia Khalil, anak jati Johor yang pernah menjual tudung, berniaga kerepek dan membuat serta menjual bahulu

Kartini Mohd Noor in Wanita 5 years ago

KRU PELAYAN PENUMPANG YANG BAIK HATINYA

Seorang kru dalam sebuah tren di Taiwan menjadi tular selepas berjaya kawal keadaan dan bijak mententeramkan seorang penumpang di dalam kereta api berkenaan
Yati Yazid in Wanita 5 years ago

BERITA BAIK! KEPADA IBU-IBU YANG PERLUKAN IVF

Tunku Azizah merasmikan Pusat Alpha IVF & Women’s Specialists (KL), salah satu pusat rawatan kesuburan Persenyawaan In Vitro (In Vitro Fertilisation, IVF) yang terbesar di rantau ini
Editor 1 in Wanita 5 years ago

INAI REENA MERAH, INDAH BERSERI DI JARI

Nurazreena Afiqa Salmi atau nama ringkas Reena, 24, yang ada kedai di Uptown Danau Kota telah berkecimpung dalam seni mengukir inai sejak lima tahun lalu
Ahmad Abd Hamid in Wanita 5 years ago

BUKTI KASIH KEPADA SI BULUS GELANDANGAN

Setiap kali memberi makanan, saya sentiasa berpesan agar mereka (kucing) juga mendoakan saya dimurahkan rezeki, kata Natrah MJ
DSA Wahab in Wanita 5 years ago