Wanita 01 Nov, 2019

BUKTI KASIH KEPADA SI BULUS GELANDANGAN

@dsa wahab
Bekas wartawan di Kumpulan Media Karangkraf & Akhbar Cabaran Sinar Harian.

Share this
MENYAYANGI dan membela kucing ada barakahnya kerana haiwan ini disifatkan pandai berterima kasih. Bagi seorang pembidik gambar dikenali sebagai Natrah MJ, dia percaya bahawa kucing selalu mendoakan tuannya atau sesiapa sahaja yang datang dan memberikan kebaikan kepada mereka.

Kucing gelandangan memang sentiasa dalam kelaparan.


Bagi fotografer ini yang sudah lebih 25 tahun berkecimpung dalam dunia fotografi, katanya usaha membantu memberi makan kepada kucing gelandangan bermula sejak tiga tahun lalu dan ianya tidak akan berhenti.

”Alhamdulillah... kalau dulu buat kerja ini secara solo tetapi sejak diketahui rakan-rakan juga pencinta haiwan kucing, nampaknya ramai dah turut serta.

“Wajib bagi saya memastikan bekal makanan kucing sentiasa ada di dalam kereta atau beg.

“Jika kebetulan terjumpa mana-mana kucing gelandangan yang lapar jadi tak perlu tercari-cari lagi makanan... mudah sahaja selalunya banyak berkeliaran di parkir kereta dan kaki lima kedai,” katanya kepada KitaReporters.Com.

Natrah sedia memberikan makanan kepada mana-mana kucing yang dijumpai.


Dalam pada itu, menurutnya, rezeki yang diperoleh perlu dikongsi bersama dan tidak semestinya sesama manusia malah makhluk lain seperti kucing.

”Bersyukur kepada Allah SWT, setakat ini tidak putus rezeki saya peroleh... ada saja dari sudut yang tak disangka-sangka. Saya percaya mungkin berkat menjaga anak-anak bulus gelandangan.

“Setiap kali memberi makanan, saya sentiasa berpesan agar mereka (kucing) juga mendoakan saya dimurahkan rezeki,” katanya. 

Dalam pada itu, katanya kucing gelandangan pertama dibawa pulang ke rumah sekitar tahun 2015, segali gus menjadi inspirasi kepada kerja amal ini iaitu kucing betina diberi nama Kiki dan kini, sudah bertambah lima ekor lagi yang senasibnya.

Perbezaan Kiki ketika dikutip di Kelana Jaya, sekitar tahun 2015 (kiri) berbanding sekarang (kanan).


Selain Kiki, empat ekor lagi kucing gelandangan yang dikutip dan dijaga Natrah. Semakin gemuk dan sihat.


“Sewaktu jumpa Kiki sangat hodoh, kotor dan nampak macam nak mati kerana lapar dan kesesatan tapi selepas diberi makan serta sedikit rawatan... dialah yang paling comel sekarang.

“Kucing cepat buat muka kesian, selalunya hati saya akan cair dan bawa balik untuk dirawat.

“Dalam masa sama, saya akan cari keluarga angkat untuknya, tapi selalu lepas seminggu kucing gelandangan makin comel... rasa sayang nak serahkan pada orang lain, itulah dilema saya penjaga kucing gelandangan,” katanya.

Sementara itu, katanya atas rasa simpati yang tinggi kepada kucing-kucing gelandangan atau jalanan dia menganjurkan kempen ‘1car1pack’ makanan dalam kalangan rakan-rakan dan juga artis tempatan.

Bekal makanan daripada Kiki The Stray Cat kepada rakan-rakan gelandangannya.


Natrah (tengah) bersama rakan-rakan juga merupakan ‘cat lover’ yang menyokongnya projek amalnya.


”Ini adalah satu kempen pertama diadakan di Malaysia dan dijalankan oleh team Kiki The Stray Cat.

“Kempen ini juga adalah satu usaha kesedaran dan menggalakkan orang ramai supaya menyimpan sekurangnya satu pek makanan di dalam kereta yang dijual dengan harga RM10.

“Jika terjumpa mana-mana kucing gelandangan maka dengan mudahnya terus hadiahkan mereka makanan. Jadi mereka pun tak akan terus terbiar kelaparan,” akhirinya yang turut mengalukan mana-mana badan korporat untuk berkerjasama dengan Kiki The Stray Cat bagi program tanggungjawab sosial mereka.

Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin yang juga ‘cat lover’ turut berkenan menyokong kempen tersebut.


21
2
0
0
0
You will be interested

BUAT SAMPAI DAPAT.. DOA IBU SUMBER KEJAYAAN NORKAMALIA

Siri Wanita Hebat : Kelab Khadijah Kuwailid. Siti Norkamalia Khalil, anak jati Johor yang pernah menjual tudung, berniaga kerepek dan membuat serta menjual bahulu

Kartini Mohd Noor in Wanita 4 years ago

KRU PELAYAN PENUMPANG YANG BAIK HATINYA

Seorang kru dalam sebuah tren di Taiwan menjadi tular selepas berjaya kawal keadaan dan bijak mententeramkan seorang penumpang di dalam kereta api berkenaan
Yati Yazid in Wanita 4 years ago

NAK KUIH AKOK ORI? MARI KE LESTARI PERDANA

Noor Hidayah Sahak, 30, menjalankan perniagaan kuih akok di Lestari Perdana, Seri Kembangan, Selangor sebagai usaha untuk meneruskan legasi keluarga
Isa Ramli in Wanita 4 years ago

BERITA BAIK! KEPADA IBU-IBU YANG PERLUKAN IVF

Tunku Azizah merasmikan Pusat Alpha IVF & Women’s Specialists (KL), salah satu pusat rawatan kesuburan Persenyawaan In Vitro (In Vitro Fertilisation, IVF) yang terbesar di rantau ini
Editor 1 in Wanita 4 years ago

INAI REENA MERAH, INDAH BERSERI DI JARI

Nurazreena Afiqa Salmi atau nama ringkas Reena, 24, yang ada kedai di Uptown Danau Kota telah berkecimpung dalam seni mengukir inai sejak lima tahun lalu
Ahmad Abd Hamid in Wanita 4 years ago