Wanita 16 Oct, 2019

DEWI REMAJA 2019... TERJEBAK DALAM KONTROVERSI LAGI KE?

@fariza saidin
Editor pertama Majalah HAI dan sidang redaksi Majalah WANITA (Utusan). Asst Chief Sub UM. Pemenang Anugerah Kewartawan Majalah IAM 1997, Wartawan cum Blogger @ www.farizasaidin.com. Email: [email protected]

Share this
MEMASUKI edisi ke-10, pencarian Dewi Remaja kembali bertemakan 'Pesonakan Bintangmu' bersama 12 finalis dengan hos baharu, pelakon Amelia Henderson menggantikan tempat Scha Al-Yahya yang kini diangkat ke posisi juri tetap bersama Yusry Abdul Halim.

Ini dia 12 peserta yang berjaya sebagai finalis 'Dewi Remaja 2019'.


12 finalis  itu terpilih daripada seramai 20 orang calon peserta Dewi Remaja yang diperkenalkan pada majlis sidang media pengumuman finalis pencarian Dewi Remaja 2019 yang berlangsung di Nicsmann by Lewre di Starling Mall, Petaling jaya, Selangor semalam (15/10/2019).

Mereka yang berjaya diserap masuk adalah Andrianna Fernandez,19, (Kuala Lumpur); Shaza Nuriman, 24, (Kuala Lumpur); Nynaa Harizal, 23, (Selangor); Sharlina Gilbert, 23, (Sabah); Myra Natasha, 24, (Selangor); Syamira Izzati, 22, (Selangor); Saidah Syahirah, 23, (Selangor); Adriana Ghafar, 21 (Johor); Syaza Azra, 19, (Negeri Sembilan); Shatirah Amanda, 19, (Kelantan); Nina Amin, 23 (Selangor); dan Aishah Azhan, 24, juga dari Selangor.

Hos baharu, Amelia Henderson (kiri) bersama juri tetap Yusry Abdul Halim dan Scha Al-Yahya.

Mereka yang bertuah itu dipilih dari antara 600 penyertaan (berbanding tahun lalu seramai 457 peserta sahaja) melalui sesi uji bakat terbuka, diadakan selama empat hari pada September lalu di Shah Alam oleh barisan artis dan personaliti tanah air iaitu Datuk Aznil Hj Nawawi, Rozita Che Wan, Anzalna Nasir, Ramona Zam Zam, Dynas Mokhtar dan Yusry Abdul Halim.

"Daripada jumlah itu 20 orang peserta telah terpilih untuk saringan akhir, di mana hari ini kami mengumumkan hanya 12 orang sahaja yang berjaya memenuhi slot selaku finalis," ujar Emarina Mohd Kamal selaku Pengurus Saluran Astro Ria dan Astro Ria HD.

Emarina Mohd Kamal (tengah) bersama Fiezreen Ahmad bersama selebriti yang terlibat pada sidang media pencarian 'Dewi Remaja 2019' yang berlangsung semalam (15/10/2019).


Menurut Emarina, jenama dan legasi Dewi Remaja terbukti telah membawa impak dan sumbangan yang besar kepada industri hiburan, waima berjaya melahirkan ramai nama-nama besar menerusi pertandingan itu.

"Walau pun terpalit dengan sedikit kontroversi gara-gara  insiden disiplin dan kontroversi yang membabitkan Dewi Remaja 2018/19, Haneesya Hanee,  sehingga mahkotanya ditarik balik, tapi tidak mematahkan  semangat kami untuk terus mencari pemilik mahkota edisi ke-10 seterusnya," tambah Emarina.

Antaranya termasuklah model/pelakon Aleeza Kassim (Dewi Remaja 1987/88); Noor Neelofa (Dewi Remaja 2009/10) termasuklah juri tetap Dewi Remaja buat kali ke-3, Scha Al-Yahya yang bergelar Dewi Remaja pada tahun 2005/06.

Bagi Dewi Remaja 2019 tahun ini, buat kali pertamanya, pihak penganjur memperkenalkan kategori 'Pengetahuan Am' sebagai salah satu kriteria pemarkahan peserta.

"Pemilihan bukan sahaja dilihat dari bakat, potensi dan pengetahuan am, malah personaliti dan cara mereka mempersembahkan diri juga menjadi satu kriteria penting," ujar Fiezreen Ahmad selaku Editor Pengurusan Remaja.

Scha Al-Yahya menyarungkan sash kepada Nina Amin dan seterusnya kepada  11 finalis lain yang terpilih bagi 'Dewi Remaja 2019' tahun ini.


Markah peserta dikira mengikut  pemarkahan juri  meliputi 30% personaliti, 35% bakat dan 35% pengetahuan am.

Program 'Dewi Remaja 2019' akan menemui penonton pada setiap hari Sabtu, jam 9 malam secara eksklusif di saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123) mulai 26 Oktober 2019.

Selain daripada paparan di layar kaca, program pencarian ini turut mendapat liputan menyeluruh dan terkini melalui laman digital serta sosial media majalah Remaja.

Melalui paparan video yang menampilkan pengacara digital Safwan Nazri, penonton dan pengikut setiap peserta dapat menonton perjalanan para peserta, juri dan aktiviti yang berlangsung secara pantas.

Bagi mengikuti info terbaharu mengenai program Pencarian Dewi Remaja 2018/2019, kunjungi laman web www.remaja.my/dewi, Facebook (dewiremaja) dan Instagram (majalahremaja).

Bergambar bersama para penaja bersama yang terlibat antaranya RedOne dan Nuvit.

3
0
0
0
3
You will be interested

BELAJAR 'FIGURING'... TENGOK VIDEO 1,000 KALI

Ibu kepada dua anak, Susyila Mohd Burhanudin, 38, memberanikan diri menceburi bidang dekorasi kek dan membentuk karektor atau ‘figuring’ sejak 10 tahun lalu.

DSA Wahab in Wanita 5 years ago

KRU PELAYAN PENUMPANG YANG BAIK HATINYA

Seorang kru dalam sebuah tren di Taiwan menjadi tular selepas berjaya kawal keadaan dan bijak mententeramkan seorang penumpang di dalam kereta api berkenaan
Yati Yazid in Wanita 5 years ago

NAK KUIH AKOK ORI? MARI KE LESTARI PERDANA

Noor Hidayah Sahak, 30, menjalankan perniagaan kuih akok di Lestari Perdana, Seri Kembangan, Selangor sebagai usaha untuk meneruskan legasi keluarga
Isa Ramli in Wanita 5 years ago

BERITA BAIK! KEPADA IBU-IBU YANG PERLUKAN IVF

Tunku Azizah merasmikan Pusat Alpha IVF & Women’s Specialists (KL), salah satu pusat rawatan kesuburan Persenyawaan In Vitro (In Vitro Fertilisation, IVF) yang terbesar di rantau ini
Editor 1 in Wanita 5 years ago

INAI REENA MERAH, INDAH BERSERI DI JARI

Nurazreena Afiqa Salmi atau nama ringkas Reena, 24, yang ada kedai di Uptown Danau Kota telah berkecimpung dalam seni mengukir inai sejak lima tahun lalu
Ahmad Abd Hamid in Wanita 5 years ago