Wanita 23 Oct, 2019

BELAJAR 'FIGURING'... TENGOK VIDEO 1,000 KALI

@dsa wahab
Bekas wartawan di Kumpulan Media Karangkraf & Akhbar Cabaran Sinar Harian.

Share this
SEJAK remaja lagi minat terhadap kerja seni begitu mendalam, namun tidak pula menyangka hasil daripada itu mampu meraih sumber pendapatan lumayan.

Susyila Mohd Burhanudin (dua dari kanan) hadir ke kelas pereka kek antarabangsa, Marc Surez yang mengajar membentuk naga daripada coklat di Kuala Lumpur, baru-baru ini.


Ibu kepada dua anak, Susyila Mohd Burhanudin, 38, memberanikan diri menceburi bidang dekorasi kek dan membentuk karektor atau ‘figuring’ sejak 10 tahun lalu.

“Asalnya, saya sekadar ingin membantu meraka yang berkehendakan homemade kek berdekorasi memandangkan dulu tak ramai yang ada. Biasanya hanya boleh didapati di kedai kek dengan corak sama.

“Kini, bidang ini telah menjadi pendapatan tetap buat saya. Alhamdulillah, berkat kepercayaan pelanggan juga membuatkan saya masih boleh bertahan,” katanya yang berasal dari Kuantan, Pahang.

Susyila Mohd Burhanudin dan  pereka kek antarabangsa, Marc Surez.


Menceritakan semula pembabitannya kepada KitaReporters, Syila berkata, ia bermula sekitar tahun 2010 apabila kawan-kawan dan saudara-mara memintanya membuat kek hari jadi dan perkahwinan mengikut tema.

“Jadi saya setuju dan terus cuba mendekorasi mengikut kehendak mereka dan memilih untuk membuat secara 3D.

"Pada awalnya, hanya suka-suka sebab saya juga bekerja tetap, tapi lama-kelamaan bila ramai mula tempah saya jadi seronok menyiapkannya.

“Sebelum ini, hanya tahu menonton karektor di TV atau sekadar melukis. Kini cabaran berubah kerana perlu membentuknya pula," katanya lagi.

Kek Snow White yang dibuat khas bagi menghargai pelanggan bertuah.


Dalam pada itu, menurutnya, proses mendeko dan ‘figuring’ ini memerlukan penelitian dan ketekunan kerana ia merupakan hasil seni yang cukup menyerlah.

"Nampak mudah tapi kualiti pembuatan dan kekemasan haruslah dijaga... kesabaran memainkan peranan penting jika tidak kerja membentuk itu tak berkualiti dan pastinya reka bentuk mengerikan akan terhasil.

"Saya seronok kerana dapat bermain dengan warna-warna ceria membuatkan timbul rasa semangat," katanya.

Sentuhan terakhir sebelum menyerahkan seratus peratus kepada pengantin.


Sementara itu, katanya, dia tidak pernah lari daripada rasa kecewa kerana ada kalanya hasil yang dibuat tidak menjadi.

“Mulanya saya hanya belajar membuat figure ini melalu aplikasi YouTube, hampir seribu kali tanpa jemu saya menonton teknik-teknik dalam membentuk setiap karektor termasuk untuk mengetahui bahan yang sensuai digunakan.

“Namun bila kita dah banyak kali buat, kalau tersalah kita sudah tahu membaiki dan membentuknya semula sehingga berjaya. 

“Untuk memantapkan lagi kemahiran, kini saya mula mengikuti kelas-kelas dekorasi. Oktober lalu, berkesempatan mengambil peluang menghadiri bengkel membentuk naga daripada coklat selama 16 jam oleh pereka kek antarabangsa, Marc Suarez dari Sepanyol,” katanya. 




19
4
0
0
0
You will be interested

BUAT SAMPAI DAPAT.. DOA IBU SUMBER KEJAYAAN NORKAMALIA

Siri Wanita Hebat : Kelab Khadijah Kuwailid. Siti Norkamalia Khalil, anak jati Johor yang pernah menjual tudung, berniaga kerepek dan membuat serta menjual bahulu

Kartini Mohd Noor in Wanita 5 years ago

KRU PELAYAN PENUMPANG YANG BAIK HATINYA

Seorang kru dalam sebuah tren di Taiwan menjadi tular selepas berjaya kawal keadaan dan bijak mententeramkan seorang penumpang di dalam kereta api berkenaan
Yati Yazid in Wanita 5 years ago

NAK KUIH AKOK ORI? MARI KE LESTARI PERDANA

Noor Hidayah Sahak, 30, menjalankan perniagaan kuih akok di Lestari Perdana, Seri Kembangan, Selangor sebagai usaha untuk meneruskan legasi keluarga
Isa Ramli in Wanita 5 years ago

BERITA BAIK! KEPADA IBU-IBU YANG PERLUKAN IVF

Tunku Azizah merasmikan Pusat Alpha IVF & Women’s Specialists (KL), salah satu pusat rawatan kesuburan Persenyawaan In Vitro (In Vitro Fertilisation, IVF) yang terbesar di rantau ini
Editor 1 in Wanita 5 years ago

INAI REENA MERAH, INDAH BERSERI DI JARI

Nurazreena Afiqa Salmi atau nama ringkas Reena, 24, yang ada kedai di Uptown Danau Kota telah berkecimpung dalam seni mengukir inai sejak lima tahun lalu
Ahmad Abd Hamid in Wanita 5 years ago