Wanita 16 Sep, 2019

KETAHUI RAHSIA HIDUP BERPOLIGAMI DALAM KELUARGA GISB

@kartini mohd noor
Pernah berkhidmat sebagai 1. Stringer Berita Harian 2. Wartawan Berita Harian 3 . Penyunting Harian Metro 4. Grup Editor Majalah IBUBAPA

Share this
ADA tu suami yang "take charge" jadi chef, manakala isteri-isteri menjadi pembantu di dapur. Ada tu suami jadi tukang penasihat, menolong isteri-isteri mereka menyediakan menu keluarga. 


Setiap pasangan sudah ada pembahagian kerja untuk isteri-isteri buat. Seorang potong daging, bersihkan udang, potong sayur, bawang dan menyediakan rempah ratus untuk memasak. 

Malah isteri yg lebih muda kerjanya bergerak dari meja dapur sementara ke stesen stok barang-barang keperluan untuk mendapatkan rempah ratus, peralatan sudu, sudip, kuali, sos, mi, udang dan buah-buahan.

Meja yang dijadikan dapur sementara memasak itu, jauh dari bunyi bising dengan periuk belanga dan kuali berdentam dentum berlaga. Malah suara suami macam orang berbisik, langsung takde nada suara yang keras atau garang mengarahkan isteri buat itu atau awak buat ini. 

Semua berjalan dengan tertib dan bersopan santun. Arahan suami dipatuhi dengan penuh kasih sayang. Senyum sentiasa di bibir dan sesekali boleh nampak suami mengusik manja isteri-isterinya. 

 Ini adalah kisah sebenar bila pasangan poligami Global Ikhwan Sendirian Berhad (GISB) mengambil bahagian memasak berkumpulan. Isteri dan dua tiga madu. 

Ada yang bermadu dua dan tiga malah berempat saling membantu di dapur ketika mereka terbabit dalam acara pertandingan memasak poligami yang disertai 14 pasangan poligami, anjuran GISB di Bandar Country Homes, Rawang, Selangor. 

Pertandingan ini diadili chef profesional dari Persatuan Gastronomi Malaysia dan World Islamic Culinary Society. Dan yang pertama dikira markah adalah kerjasama, kasih sayang dan komunikasi. 

Ini acara tahunan. Tahun ni sempena Karnival Kemerdekaan dan sambutan Awal Muharam yang bertujuan memperlihatkan petua keluarga bahagia bermula dengan menjaga perut. 

Air tangan dan sentuhan suami dan isteri serta kakak madu itu bercampur dalam satu rencah rasa untuk mengikat kasih sayang. 

Bagi Dr Yusoff, poligami adalah medan melatih isteri untuk mendekatkan diri pada Allah sebagai sebaik-baik hamba-Nya sebagaimana taatnya Siti Hajar atas perintah Allah pada suaminya. 

Dengan bermadu wanita akan melalui ujian seperti cemburu, dendam, dengki, khianat dan bila perasaan ni timbul isteri akan mengadu, merintih dan mendekatkan diri sebagai hamba Allah yang bertakwa. 

Walaupun begitu, poligami tidak semudah dicakapkan kerana suami dan isteri-isteri perlu bekerjasama untuk bersama memupuk kasih sayang dengan kakak madu. 

Ditanya mengenai perasaan berpoligami terutama pada isteri, ada yang mengiakan sudah tentu wujudnya perasaan sedih juga kerana daripada rasa sedih itu mengajar mereka reda dengan ketentuan takdir. 

Jika poligami itu adalah anugerah Allah sudah tentu ada kebaikannya yang tersembunyi. Malah bila isteri mendapat keredaan Allah bahawa suami adalah pinjaman semata-mata, cinta dan matlamat sebenar hidup adalah untuk Allah. 

Ditanya dari segi keadilan, satu pasangan percaya akan wujud persepsi berbeza dalam kalangan masyarakat apabila suami yang berpoligami membeli ikan siakap dan ikan kering semata-mata untuk melayan selera isteri dan minat yang berlainan. 

"Tentu ada yang tertanya adakah saya adil jika saya beli siakap untuk isteri yang ini dan ikan kering untuk seorang lagi isteri". Pada suami tu sudah adil tapi adakah orang luar boleh menerima kenyataan. 

Kata seorang suami lagi, Encik Ayub, poligami ini adalah proses mendidik isteri yang berterusan agar tidak tunduk pada perasaan negatif. 

Bahagialah seorang isteri bila berada di dapur saling bekerjasama memasak, menguruskan rumah tangga, mengasuh anak-anak dan melayan suami. 

Bagi suami pula, kepulangan di rumah disambut oleh wajah ceria menjadi satu suntikan tenaga untuk berdampingan dengan isteri yang solehah dan setia berkorban. Saat manis makan bersama, bersantai dan solat berjemaah. 


2
1
0
0
0
You will be interested

BELAJAR 'FIGURING'... TENGOK VIDEO 1,000 KALI

Ibu kepada dua anak, Susyila Mohd Burhanudin, 38, memberanikan diri menceburi bidang dekorasi kek dan membentuk karektor atau ‘figuring’ sejak 10 tahun lalu.

DSA Wahab in Wanita 5 years ago

KRU PELAYAN PENUMPANG YANG BAIK HATINYA

Seorang kru dalam sebuah tren di Taiwan menjadi tular selepas berjaya kawal keadaan dan bijak mententeramkan seorang penumpang di dalam kereta api berkenaan
Yati Yazid in Wanita 5 years ago

NAK KUIH AKOK ORI? MARI KE LESTARI PERDANA

Noor Hidayah Sahak, 30, menjalankan perniagaan kuih akok di Lestari Perdana, Seri Kembangan, Selangor sebagai usaha untuk meneruskan legasi keluarga
Isa Ramli in Wanita 5 years ago

BERITA BAIK! KEPADA IBU-IBU YANG PERLUKAN IVF

Tunku Azizah merasmikan Pusat Alpha IVF & Women’s Specialists (KL), salah satu pusat rawatan kesuburan Persenyawaan In Vitro (In Vitro Fertilisation, IVF) yang terbesar di rantau ini
Editor 1 in Wanita 5 years ago

INAI REENA MERAH, INDAH BERSERI DI JARI

Nurazreena Afiqa Salmi atau nama ringkas Reena, 24, yang ada kedai di Uptown Danau Kota telah berkecimpung dalam seni mengukir inai sejak lima tahun lalu
Ahmad Abd Hamid in Wanita 5 years ago