Wanita 15 Sep, 2019

BENGKEL KERJA TANGAN BERI MANFAAT WARGA KOMUNITI

@isa ramli
Penglibatan sebagai wartawan 23 tahun mulai 1984 dan bersara awal 2005 . Jawatan terakhir Penolong Kanan Ketua Penyunting Utusan Melayu di Syarikat Utusan Melayu (M) Berhad. Penyumbang beberapa majalah, media eletronik dan cetak.

Share this
PROGRAM dan bengkel-bengkel kerja tangan banyak memberi manfaat serta ilmu pengetahuan berguna kepada warga komuniti. 

Para peserta kelas Kraf Decoupage Hiasan Balang Kuih dan Sabun Mandi mengikuti dengan penuh minat penerangan oleh guru pembimbing berpengalaman, Aien Zakaria di Pangsapuri Rusella, Bandar Putra Permai, Seri Kembangan.


Para peserta terlibat juga mempunyai peluang meningkatkan tahaf ekonomi keluarga secara sambilan mahupun sepenuh masa melalui ilmu yang diperolehi. 

Selain itu, program yang diwujudkan iu juga mampu memupuk semangat kejiranan dan kerjasama erat dalam kalangan ahli komuniti yang sebahagian besarnya hanya dapat meluangkan masa bertemu bila adanya aktiviti berkenaan kerana kekangan masa bekerja, berniaga dan sebagainya,

Langkah positif seperti ini adalah menjadi harapan supaya badan-badan atau organisasi antaranya Persatuan Penduduk, Badan Pengurusan Bersama (JMB), komuniti surau, Perkumpulan Wanita dan sebagainya mengambil inisiatif merebut peluang menganjurkan program seumpamanya.

Sebagai unit penggerak komuniti sudah sewajarnya tindakan yang memberi manfaat kepada ahli-ahli dilaksanakan mengikut kesesuaian masa dan keadaan.

Peserta dengan bersemangat melakukan tugasan yang diberikan di Kelas Kerja Tangan Kraf  Decoupage.


Dalam konteks ini, Jawatankuasa Penduduk (JKP) Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) Zon 19 di Selangor tidak melepaskan peluang menganjurkan beberapa aktiiviti berbentuk bimbingan dalam usaha memupuk semangat toleransi dan mengeratkan perpaduan dalam kalangan masyarakatnya. 

Biasanya kegiatan saperti ini dijalankan pada cuti hujung minggu atau cuti umum bagi memudahkan ahli komuniti melibatkan diri tanpa halangan tugas atau masa.

Sebahagian peserta kelas kerja tangan Kraf Decoupage Hiasan Tutup Balang Kuih dan Sabun Mandi menunjukkan hasil kerja masing-masing.


Sempena cuti hujung minggu pada Sabtu (14/9/2019) lalu, JKP MPSJ Zon 19 berjaya menganjurkan kelas kerja tangan Kraf Decoupage menghias balang kuih dan sabun mandi bagi taman perumahan angkatnya, Pangsapuri Rusella di Bandar Putra Permai, Seri Kembangan, Selangor.

Penglibatan sejumlah 20 orang penduduk yang terdiri daripada kaum wanita khususnya suri rumah berlangsung antara jam 9.00 pagi hingga 12.00 tengah hari di Dewan Mesyuarat JMB taman perumahan berkenaan.

Sekalipun jumlah penyertaan tidaklah besar tetapi kejayaan bengkel ini yang berjalan dalam suasana harmoni mampu menerapkan ilmu yang ditunjuk ajar tenaga pengajar berpengalaman, Aien Zakaria  dengan berkesan.

Dengan keadaan tenang lagi mesra peserta kelas kraf ini menunjukkan komitmen penuh minat dan tekun mempelajari segala ilmu yang dicurah bakti . 

Sesekali terdengar suara gurauan  dari kalangan mereka untuk menghilangkan stress mahupun kebosanan.

Jika ada masalah yang dihadapi para peserta boleh bertanyakan soalan kepada guru pembimbing.


Kelas kraf ini merupakan yang pertama kali diadakan di pangsapuri berkenaan dan para peserta berharap kelas sebegitu diadakan lagi pada masa-masa akan datang.

Peserta-peserta dilihat memberi tumpuan terhadap penerangan disampaikan, di samping melakukan  tugasan praktikal  dengan penuh tanggungjawab oleh guru pembimbing.

Nur Aisya Sofea Sobri, 10, penuh minat melakukan tugasan menghias tutup balang.


Seorang remaja, Nur Aisya Sofea Sobri, 10, yang menyertainya secara suka-suka itu turut merasa seronok dapat menimba ilmu dalam bidang kraf decoupage hiasan balang kuih dan sabun mandi. 

Pelajar tahun 4 Sekolah Kebangsaan Taman Universiti , Seri Kembangan ini bangga kerana banyak manfaat dan peluang berguna yang mampu memberi faedah diperolehi melaluinya.

Jurucakap kumpulan peserta, Siti Anis Yusoff memberitahu, kelas kraf yang pertama kali diadakan itu memberi faedah dan pengalaman berguna kepada para peserta.

Katanya, sebelum ini antara program yang berjaya diadakan melalui inisiatif JKP MPSJ Zon 19 termasuklah kelas membuat manik, masakan, kuih muih, pertandingan masak lemang dan kraf hiasan.


Aien Zakaria menunjuk ajar cara yang betul untuk membuat hiasan pada balang kuih supaya ia kemas dan menarik.

1
0
0
0
0
You will be interested

BELAJAR 'FIGURING'... TENGOK VIDEO 1,000 KALI

Ibu kepada dua anak, Susyila Mohd Burhanudin, 38, memberanikan diri menceburi bidang dekorasi kek dan membentuk karektor atau ‘figuring’ sejak 10 tahun lalu.

DSA Wahab in Wanita 5 years ago

KRU PELAYAN PENUMPANG YANG BAIK HATINYA

Seorang kru dalam sebuah tren di Taiwan menjadi tular selepas berjaya kawal keadaan dan bijak mententeramkan seorang penumpang di dalam kereta api berkenaan
Yati Yazid in Wanita 5 years ago

NAK KUIH AKOK ORI? MARI KE LESTARI PERDANA

Noor Hidayah Sahak, 30, menjalankan perniagaan kuih akok di Lestari Perdana, Seri Kembangan, Selangor sebagai usaha untuk meneruskan legasi keluarga
Isa Ramli in Wanita 5 years ago

BERITA BAIK! KEPADA IBU-IBU YANG PERLUKAN IVF

Tunku Azizah merasmikan Pusat Alpha IVF & Women’s Specialists (KL), salah satu pusat rawatan kesuburan Persenyawaan In Vitro (In Vitro Fertilisation, IVF) yang terbesar di rantau ini
Editor 1 in Wanita 5 years ago

INAI REENA MERAH, INDAH BERSERI DI JARI

Nurazreena Afiqa Salmi atau nama ringkas Reena, 24, yang ada kedai di Uptown Danau Kota telah berkecimpung dalam seni mengukir inai sejak lima tahun lalu
Ahmad Abd Hamid in Wanita 5 years ago