Berita Terkini 23 Aug, 2021

Berita Terkini| Jual surat MITI, pengesahan majikan palsu! RM150 satu? 4 remaja ditahan polis!

@news editor 2
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke [email protected]

Share this

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay (kiri) menunjukkan barang kes berkaitan tangkapan sindiket penjualan surat palsu MITI dan surat akuan majikan. – Kredit foto: FB Polis Johor


EMPAT remaja berusia 16 hingga 19 tahun ditahan oleh polis setelah dipercayai menjual surat kebenaran Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dan surat pengesahan majikan yang palsu dalam media sosial.

Kesemua suspek termasuk dua wanita dicekup dalam serbuan dijalankan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Johor bersama JSJK Bukit Aman di sekitar Johor Bahru antara jam 8.30 hingga 10 malam pada 5 Ogos 2021.

Remaja berkenaan dipercayai memalsukan sebanyak 250 dokumen dan dijual RM150 sekeping sejak Mac 2021 untuk kegunaan merentas daerah serta negeri.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata pihaknya percaya adanya pembabitan orang dalam berhubung kegiatan sindiket tersebut.

“Perkhidmatan diiklankan dalam media sosial Facebook, Instagram dan aplikasi WeChat selain turut ubah suai surat kelulusan MITI sebuah syarikat beralamat di Kempas, Johor Bahru bagi kelirukan pihak berkuasa.

"Suspek menerima komisen antara RM50 hingga RM100 bagi setiap dokumen dan dipercayai telah dijual di seluruh Semenanjung,” katanya dipetik daripada laporan Berita Harian pada 23 Ogos 2021.

Ujar beliau lagi, dalam serbuan dijalankan itu juga sejumlah telefon bimbit serta kad ATM dirampas dan kes berkenaan kini disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Tambah Ayob Khan, polis turut mencari individu dikehendaki bersabit kes berkenaan dikenali sebagai Nicholas Chai Jia Han, 21, dengan alamat terakhirnya di 49, Jalan Bukit Kontang, Taman Ria, Tangkak, bagi membantu siasatan.

“Masyarakat diingatkan supaya membuat permohonan dengan hadir ke balai polis berhampiran dan atas alasan pergerakan munasabah. Tindakan membeli serta menggunakan dokumen palsu menyalahi Seksyen 471 Kanun Keseksaan,” ujarnya. KitaReporters


0
0
0
0
0
You will be interested

Berita Terkini| Suntikan vaksin guna picagari kosong! Penyuntik tersilap! CITF-A pohon maaf!

Proses vaksinasi ke atas seorang remaja berusia 12 tahun gunakan picagari kosong berpunca akibat petugas kesihatan tersilap ambil picagari masih belum digunakan

News Editor 2 in Berita Terkini 3 years ago

Berita Terkini| Sesi persekolahan bermula di 3 negeri! Libatkan pelajar SPM, STPM,PPKI dan MBK!

SESI persekolahan secara bersemuka bermula di Terengganu, Kelantan dan Langkawi, Kedah hari ini, selepas enam bulan sekolah di seluruh negara ditutup
News Editor 1 in Berita Terkini 3 years ago

Berita Terkini| 69 kampung orang Asli Pahang terima Internet|Pelaksanaan projek bermula minggu ini!

SEBANYAK 69 kampung orang asli seluruh Pahang bakal menjalani kehidupan lebih se
News Editor 1 in Berita Terkini 3 years ago

Berita Terkini| Pesakit Covid-19 mahu lari tapi terperangkap! Nasib baik diselamat pasukan bomba!

TINDAKAN seorang pesakit COVID-19 yang cuba melarikan diri bertukar cemas apabila terperangkap di tingkat satu Hospital Keningau, Sabah, awal pagi Ahad.
News Editor 1 in Berita Terkini 3 years ago

Berita Terkini| SPRM perlu kaedah baharu cegah rasuah! Tangani ketirisan libatkan dana kerajaan!

PENDEKATAN penguatkuasaan undang-undang mencegah rasuah perlu selaras dengan peredaran masa, pembangunan negara, perkembangan ekonomi dan politik
News Editor 1 in Berita Terkini 3 years ago