Berita Terkini 30 Jul, 2021

Berita Terkini| Suntikan vaksin untuk individu usia 12 hingga 17 tahun! Labuan telah bersedia!

@news editor 2
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke editor@kitareporters.com

Share this

Gambar hiasan... Labuan telah capai imuniti kelompok suntikan vaksin kepada golongan dewasa dan kini bersedia untuk pemberian kepada individu berusia 12 hingga 17 tahun pula. - Kredit foto: Bernama


WILAYAH Persekutuan Labuan kini hanya menunggu ‘lampu hijau’ daripada kerajaan Persekutuan dan telah bersiap sedia melancarkan pemberian vaksin kepada individu remaja berusia 12 hingga 17 tahun.

Pengarah Jabatan Kesihatan Labuan, Dr Ismuni Bohari berkata ia susulan selepas kejayaan wilayah berkenaan yang  telah pun mencapai imuniti kelompok bagi membendung Covid-19.

“Rancangan pelaksanaan vaksinasi secara komprehensif telah disusun untuk mencapai hampir 100 peratus imuniti bagi kira-kira 103,000 penduduk di Labuan.

“Kami sudah bersedia untuk menawarkan suntikan vaksin Covid-19 individu berusia 12 hingga 17 tahun pula dan kini hanya menunggu kebenaran daripada kerajaan Persekutuan sahaja,” katanya dipetik laporan Bernama, 30 Julai 2021.

Untuk info, pada 27 Julai 2021 lalu, Labuan telah lengkap memberi vaksin kepada 80 peratus penduduk dewasa, sekali gus menjadi yang pertama dalam kalangan Wilayah Persekutuan dan negeri mencapai imuniti kelompok.

Jumlah itu meningkat kepada 82.44 peratus atau 56,471 daripada 68,500 penduduk dewasa yang layak untuk Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) lengkap menerima dos kedua.

Sehingga 29 Julai 2021, sekurang-kurangnya 97.08 peratus atau 66,500 orang dewasa menerima vaksin dos pertama. KitaReporters


0
1
0
0
0
You will be interested

Berita Terkini| Suntikan vaksin guna picagari kosong! Penyuntik tersilap! CITF-A pohon maaf!

Proses vaksinasi ke atas seorang remaja berusia 12 tahun gunakan picagari kosong berpunca akibat petugas kesihatan tersilap ambil picagari masih belum digunakan

News Editor 2 in Berita Terkini 2 years ago

Berita Terkini| Sesi persekolahan bermula di 3 negeri! Libatkan pelajar SPM, STPM,PPKI dan MBK!

SESI persekolahan secara bersemuka bermula di Terengganu, Kelantan dan Langkawi, Kedah hari ini, selepas enam bulan sekolah di seluruh negara ditutup
News Editor 1 in Berita Terkini 2 years ago

Berita Terkini| 69 kampung orang Asli Pahang terima Internet|Pelaksanaan projek bermula minggu ini!

SEBANYAK 69 kampung orang asli seluruh Pahang bakal menjalani kehidupan lebih se
News Editor 1 in Berita Terkini 2 years ago

Berita Terkini| Pesakit Covid-19 mahu lari tapi terperangkap! Nasib baik diselamat pasukan bomba!

TINDAKAN seorang pesakit COVID-19 yang cuba melarikan diri bertukar cemas apabila terperangkap di tingkat satu Hospital Keningau, Sabah, awal pagi Ahad.
News Editor 1 in Berita Terkini 2 years ago

Berita Terkini| SPRM perlu kaedah baharu cegah rasuah! Tangani ketirisan libatkan dana kerajaan!

PENDEKATAN penguatkuasaan undang-undang mencegah rasuah perlu selaras dengan peredaran masa, pembangunan negara, perkembangan ekonomi dan politik
News Editor 1 in Berita Terkini 2 years ago