Berita Terkini 29 Jul, 2021

Berita Terkini| Lakukan seks luar tabii dengan kambing betina! Lelaki warga emas direman 7 hari!

@news editor 1
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke editor@reporters.com

Share this

Suspek warga emas berusia 60 tahun itu dibawa dengan trak diiringi dua anggota polis dari Balai Polis Sentosa memasuki pekarangan mahkamah pada jam 9.20 pagi, 29 Julai 2021. - Kredit foto: Malaysia Gazette


SEORANG lelaki warga emas direman tujuh hari selepas dipercayai melakukan persetubuhan luar tabii dengan seekor kambing betina sehingga menyebabkan haiwan itu mati di Serendah, pada Selasa, 27 Julai 2021. 

Perintah reman terhadap lelaki berusia 60 tahun itu dibenarkan Penolong Pendaftar Mohamad Azrul Muhd Sabri di Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu, pada Khamis, 29 Julai 2021.

Dalam permohonan itu, Mohamad Azrul membenarkan suspek direman tujuh hari bermula hari ini (29 Julai) hingga 4 Ogos 2021 untuk membantu siasatan kes mengikut Seksyen 377/289 Kanun Keseksaan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Superintendan Arsad Kamaruddin yang dipetik oleh Berita Harian pada Khamis, 29 Julai 2021 memaklumkan pihaknya akan melengkapkan kertas siasatan kes terbabit untuk dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya bagi arahan lanjut.

Terdahulu kecoh mengenai lelaki warga emas dikatakan melakukan hubungan seks luar tabii dengan seekor kambing betina sehingga haiwan itu mati di Kampung Sungai Buaya, Serendah.

Kejadian disedari seorang wanita yang juga pemilik kambing terbabit selepas mendengar kambingnya yang berada di belakang rumah mengeluarkan bunyi pelik.

Beliau kemudian keluar untuk memeriksa keadaan haiwan peliharaannya itu dan mendapati seorang lelaki yang dikenalinya bangun daripada sebelah kambingnya dalam keadaan separuh bogel sebelum lelaki itu melarikan diri. - KitaReporters


 

3
1
4
4
3
You will be interested

Berita Terkini| Suntikan vaksin guna picagari kosong! Penyuntik tersilap! CITF-A pohon maaf!

Proses vaksinasi ke atas seorang remaja berusia 12 tahun gunakan picagari kosong berpunca akibat petugas kesihatan tersilap ambil picagari masih belum digunakan

News Editor 2 in Berita Terkini 2 years ago

Berita Terkini| Sesi persekolahan bermula di 3 negeri! Libatkan pelajar SPM, STPM,PPKI dan MBK!

SESI persekolahan secara bersemuka bermula di Terengganu, Kelantan dan Langkawi, Kedah hari ini, selepas enam bulan sekolah di seluruh negara ditutup
News Editor 1 in Berita Terkini 2 years ago

Berita Terkini| 69 kampung orang Asli Pahang terima Internet|Pelaksanaan projek bermula minggu ini!

SEBANYAK 69 kampung orang asli seluruh Pahang bakal menjalani kehidupan lebih se
News Editor 1 in Berita Terkini 2 years ago

Berita Terkini| Pesakit Covid-19 mahu lari tapi terperangkap! Nasib baik diselamat pasukan bomba!

TINDAKAN seorang pesakit COVID-19 yang cuba melarikan diri bertukar cemas apabila terperangkap di tingkat satu Hospital Keningau, Sabah, awal pagi Ahad.
News Editor 1 in Berita Terkini 2 years ago

Berita Terkini| SPRM perlu kaedah baharu cegah rasuah! Tangani ketirisan libatkan dana kerajaan!

PENDEKATAN penguatkuasaan undang-undang mencegah rasuah perlu selaras dengan peredaran masa, pembangunan negara, perkembangan ekonomi dan politik
News Editor 1 in Berita Terkini 2 years ago