Berita Terkini 16 Jul, 2021

Berita Terkini| Lampin, susu bayi, ubat kini boleh dihantar ke PKRC MAEPS! Perlu isi borang!

@news editor 2
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke editor@kitareporters.com

Share this

Gambar hiasan... Waris boleh menghantar ubat-ubatan untuk penyakit kronik, lampin pakai buang bayi dan dewasa serta susu bayi kepada pesakit PKRC Bersepadu di MAEPS Serdang 2.0. - Kredit foto: Berita Harian


Keperluan susu bayi, lampin dan ubat-ubatan bagi penyakit kronik kini boleh dihantar waris atau ahli keluarga kepada pesakit di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) Bersepadu di MAEPS Serdang 2.0.

Pengarah PKRC MAEPS 2.0, Dr Shahabuddin Ibrahim berkata bagi mereka yang ingin berbuat demikian terlebih dahulu perlu mengisi borang.

“Borang boleh diisi menerusi aplikasi Google Form di pautan pada laman sesawang PKRC Bersepadu MAEPS 2.0 iaitu https://docs.google.com/form/d/e/1FAIpQLSdYlP8jKUt8iX8Rd19kNQYYsacw1BZk0OuLAVeELt4VOLljAQ/viewform?usp=sf_link.

“Keputusan ini (kebenaran) dibuat melalui Mesyuarat Penyelarasan Pengaktifan MAEPS 2.0 Bilangan 59/2021 pada 16 Julai 2021,” katanya menerusi satu kenyataan pada tarikh yang sama.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau turut memaklumkan senarai penuh kelengkapan barangan keperluan yang harus dibawa pesakit yang dirujuk ke PKRC Bersepadu MAEPS 2.0 boleh disemak di laman sesawang www.pkrcmaeps.gov.my. - KitaReporters


0
0
0
0
0
You will be interested

Berita Terkini| Suntikan vaksin guna picagari kosong! Penyuntik tersilap! CITF-A pohon maaf!

Proses vaksinasi ke atas seorang remaja berusia 12 tahun gunakan picagari kosong berpunca akibat petugas kesihatan tersilap ambil picagari masih belum digunakan

Berita Terkini| Sesi persekolahan bermula di 3 negeri! Libatkan pelajar SPM, STPM,PPKI dan MBK!

SESI persekolahan secara bersemuka bermula di Terengganu, Kelantan dan Langkawi, Kedah hari ini, selepas enam bulan sekolah di seluruh negara ditutup
News Editor 1 in Berita Terkini 1 year ago

Berita Terkini| 69 kampung orang Asli Pahang terima Internet|Pelaksanaan projek bermula minggu ini!

SEBANYAK 69 kampung orang asli seluruh Pahang bakal menjalani kehidupan lebih se
News Editor 1 in Berita Terkini 1 year ago

Berita Terkini| Pesakit Covid-19 mahu lari tapi terperangkap! Nasib baik diselamat pasukan bomba!

TINDAKAN seorang pesakit COVID-19 yang cuba melarikan diri bertukar cemas apabila terperangkap di tingkat satu Hospital Keningau, Sabah, awal pagi Ahad.
News Editor 1 in Berita Terkini 1 year ago

Berita Terkini| SPRM perlu kaedah baharu cegah rasuah! Tangani ketirisan libatkan dana kerajaan!

PENDEKATAN penguatkuasaan undang-undang mencegah rasuah perlu selaras dengan peredaran masa, pembangunan negara, perkembangan ekonomi dan politik
News Editor 1 in Berita Terkini 1 year ago