Berita Terkini 21 Jul, 2021

Berita Terkini| Penduduk Taiping belum daftar vaksin boleh 'walk-in'! Hanya bawa MyKAD sahaja!

@news editor 1
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke [email protected]

Share this

PENDUDUK Taiping boleh mendaftarkan nama mereka menerusi Program Outreach Pendaftaran Vaksinasi Covid-19 Bandar Taiping di beberapa lokasi mulai 22 Julai 2021. - Kredit foto:  Sinar Harian


PENDUDUK di sekitar bandar Taiping yang masih belum menerima vaksinasi kini boleh mendaftarkan nama  menerusi Program Outreach Pendaftaran Vaksinasi Covid-19 Bandar Taiping di beberapa lokasi bermula esok, Khamis, 22 Julai 2021.

Inisiatif tersebut dijalankan oleh pihak Pejabat Daerah dan Tanah Larut Matang Selama bertujuan membantu komuniti supaya urusan pendaftaran vaksin dipermudahkan selain memastikan penerimaan vaksin berjalan dengan lebih cepat.

Pejabat Pegawai Daerah Larut Matang Selama dalam satu kenyataan pada 21 Julai 2021 memaklumkan, orang ramai yang masih belum mendaftar vaksinasi Covid-19 menerusi MySejahtera atau laman web vaksincovid.gov.my boleh datang ke lokasi ditentukan untuk mendapatkan bantuan pendaftaran suntikan vaksin.

Program bermula pukul 9 pagi hingga 1 petang itu berjalan serentak melibatkan 13 buah masjid serta surau, dewan orang ramai MPT (sembilan), pejabat Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (empat).

Mereka yang berminat hanya perlu mebawa kad pengenalan sahaja dan terbuka kepada individu yang berumur 12 tahun ke atas. - KitaReporters


SENARAI lokasi yang menawarkan suntikan vaksin Covid-19 yang di dijalankan oleh pihak Pejabat Daerah dan Tanah Larut Matang Selama.


 

0
0
0
0
0
You will be interested

Berita Terkini| Suntikan vaksin guna picagari kosong! Penyuntik tersilap! CITF-A pohon maaf!

Proses vaksinasi ke atas seorang remaja berusia 12 tahun gunakan picagari kosong berpunca akibat petugas kesihatan tersilap ambil picagari masih belum digunakan

News Editor 2 in Berita Terkini 3 years ago

Berita Terkini| Sesi persekolahan bermula di 3 negeri! Libatkan pelajar SPM, STPM,PPKI dan MBK!

SESI persekolahan secara bersemuka bermula di Terengganu, Kelantan dan Langkawi, Kedah hari ini, selepas enam bulan sekolah di seluruh negara ditutup
News Editor 1 in Berita Terkini 3 years ago

Berita Terkini| 69 kampung orang Asli Pahang terima Internet|Pelaksanaan projek bermula minggu ini!

SEBANYAK 69 kampung orang asli seluruh Pahang bakal menjalani kehidupan lebih se
News Editor 1 in Berita Terkini 3 years ago

Berita Terkini| Pesakit Covid-19 mahu lari tapi terperangkap! Nasib baik diselamat pasukan bomba!

TINDAKAN seorang pesakit COVID-19 yang cuba melarikan diri bertukar cemas apabila terperangkap di tingkat satu Hospital Keningau, Sabah, awal pagi Ahad.
News Editor 1 in Berita Terkini 3 years ago

Berita Terkini| SPRM perlu kaedah baharu cegah rasuah! Tangani ketirisan libatkan dana kerajaan!

PENDEKATAN penguatkuasaan undang-undang mencegah rasuah perlu selaras dengan peredaran masa, pembangunan negara, perkembangan ekonomi dan politik
News Editor 1 in Berita Terkini 3 years ago