Berita Terkini 18 Jul, 2021

Berita Terkini| 100k surat kebenaran bergerak buat nelayan, petani, penternak! Dikeluarkan MAFI!

@news editor 2
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke [email protected]

Share this

Gambar hiasan... Perikanan antara sektor yang dibenarkan beroperasi sewaktu PKP. - Kredit foto: borneotoday.net


Lebih 100,000 surat kebenaran pergerakan dikeluarkan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Kawalan Pergerakan di bawah Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Menterinya, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee berkata surat kebenaran bergerak untuk nelayan, petani dan penternak seluruh negara itu sebagai langkah menjamin bekalan makanan negara tidak terganggu serta mencukupi.

“Mereka yang diberi kebenaran ini dikategorikan sebagai sektor informal dan ia berbeza dengan sektor industri agromakanan yang surat kebenaran dikeluarkan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).

“Individu diberikan kebenaran ini perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan bagi mengekang penularan Covid-19,” katanya dipetik oleh laporan Bernama bertarikh 18 Julai 2021.

Tambah beliau, perikanan antara sektor penting dibenarkan beroperasi tertakluk kepada pematuhan SOP ditetapkan Majlis Keselamatan Negara bagi menjamin kelangsungan rantaian perikanan serta pengusaha terlibat.

Katanya lagi, sebarang sekatan terhadap pengoperasian sektor perikanan boleh menyebabkan sekuriti makanan negara terjejas, sekali gus tingkatkan kebergantungan import serta jejaskan sumber ekonomi nelayan tempatan dan keseluruhan rantaian perikanan. KitaReporters


 

1
0
0
0
0
You will be interested

Berita Terkini| Suntikan vaksin guna picagari kosong! Penyuntik tersilap! CITF-A pohon maaf!

Proses vaksinasi ke atas seorang remaja berusia 12 tahun gunakan picagari kosong berpunca akibat petugas kesihatan tersilap ambil picagari masih belum digunakan

News Editor 2 in Berita Terkini 3 years ago

Berita Terkini| Sesi persekolahan bermula di 3 negeri! Libatkan pelajar SPM, STPM,PPKI dan MBK!

SESI persekolahan secara bersemuka bermula di Terengganu, Kelantan dan Langkawi, Kedah hari ini, selepas enam bulan sekolah di seluruh negara ditutup
News Editor 1 in Berita Terkini 3 years ago

Berita Terkini| 69 kampung orang Asli Pahang terima Internet|Pelaksanaan projek bermula minggu ini!

SEBANYAK 69 kampung orang asli seluruh Pahang bakal menjalani kehidupan lebih se
News Editor 1 in Berita Terkini 3 years ago

Berita Terkini| Pesakit Covid-19 mahu lari tapi terperangkap! Nasib baik diselamat pasukan bomba!

TINDAKAN seorang pesakit COVID-19 yang cuba melarikan diri bertukar cemas apabila terperangkap di tingkat satu Hospital Keningau, Sabah, awal pagi Ahad.
News Editor 1 in Berita Terkini 3 years ago

Berita Terkini| SPRM perlu kaedah baharu cegah rasuah! Tangani ketirisan libatkan dana kerajaan!

PENDEKATAN penguatkuasaan undang-undang mencegah rasuah perlu selaras dengan peredaran masa, pembangunan negara, perkembangan ekonomi dan politik
News Editor 1 in Berita Terkini 3 years ago