Berita Terkini 03 Jul, 2021

Berita Terkini| Santuni wanita malang! Ditinggalkan suami warga asing! Hutang hampir RM1 juta!

@news editor 1
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke [email protected]

Share this

DATUK DR. ZULKIFLI menyampaikan bantuan kepada Faizah ketika menziarahi wanita itu di kediamannya di Putrajaya pada 2 Julai 2021. - Kredit foto: FB Dr Zulkifli


NASIB seorang wanita yang ditinggalkan oleh suami warga asing dengan hutang hampir mencecah RM1 juta mendapat perhatian Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

Selepas mengetahui mengenai kesukaran hidup dihadapi wanita yang dikenali sebagai Faizah selepas menerima kiriman emel daripadanya, Dr. Zulkifli bersama beberapa agensi mengunjungi kediaman wanita berkenaan di Putrajaya.

Menerusi Facebook Dr. Zulkifli berkongsi mengenai nasib Faizah dan kehidupan yang dilaluinya bersama anak-anak selepas ditinggalkan oleh suami.

Menurutnya, Faizah menyatakan sebelum ini kehidupannya bersama suami dan anak-anak bahagia dan keadaan mula berubah selepas suami menghilangkan diri dengan meninggalkan beban hutang yang banyak.

Katanya, wanita berkenaan menguruskan anaknya seorang diri dan demi desakan hidup dia membuat pinjaman ah long bagi menyelesaikan hutang.

"Pandemik Covid-19 yang melanda negara sejak tahun lalu merencatkan sumber pendapatan Faizah termasuk anak-anaknya yang hilang pekerjaan, seorang daripada anaknya masih menuntut di universiti.

"Saya beranggapan beliau adalah seorang ibu yang cekal, namun ia tidak dapat mengubah keadaan kerana pandemik Covid-19 yang berlarutan menyukarkan pergerakannya dan saya doakan beliau dapat mengharungi pandemik ini dengan lebih bersemangat dan tabah bersama anak-anak tercinta," katanya seperti dipetik oleh Harian Metro, Sabtu 3 Julai 2021.

Dalam kunjungan itu, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) melalui Baitulmal menyalurkan bantuan Skim Bantuan Menyelesaikan Hutang, Skim Bantuan Kecemasan Skim Bantuan Am Pelajaran Institut Pengajian Tinggi (IPT) Dalam Negeri, serta Skim Bantuan Perniagaan dan Bimbingan Keusahawanan.

Turut menyumbang, Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) dengan menyumbangkan wang tunai dan mendaftarkan beliau sebagai penerima modal perniagaan wanita Arrahnu Biznita termasuk menyalurkan barang asas dapur serta bantuan pengajian kepada anak beliau yang masih menuntut di universiti. 

Selain itu, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Tabung Musa’adah juga telah menyampaikan wang tunai kepada wanita berkenaan untuk perbelanjaan harian. - KitaReporters


 

 

 

0
0
0
0
0
You will be interested

Berita Terkini| Suntikan vaksin guna picagari kosong! Penyuntik tersilap! CITF-A pohon maaf!

Proses vaksinasi ke atas seorang remaja berusia 12 tahun gunakan picagari kosong berpunca akibat petugas kesihatan tersilap ambil picagari masih belum digunakan

News Editor 2 in Berita Terkini 3 years ago

Berita Terkini| Sesi persekolahan bermula di 3 negeri! Libatkan pelajar SPM, STPM,PPKI dan MBK!

SESI persekolahan secara bersemuka bermula di Terengganu, Kelantan dan Langkawi, Kedah hari ini, selepas enam bulan sekolah di seluruh negara ditutup
News Editor 1 in Berita Terkini 3 years ago

Berita Terkini| 69 kampung orang Asli Pahang terima Internet|Pelaksanaan projek bermula minggu ini!

SEBANYAK 69 kampung orang asli seluruh Pahang bakal menjalani kehidupan lebih se
News Editor 1 in Berita Terkini 3 years ago

Berita Terkini| Pesakit Covid-19 mahu lari tapi terperangkap! Nasib baik diselamat pasukan bomba!

TINDAKAN seorang pesakit COVID-19 yang cuba melarikan diri bertukar cemas apabila terperangkap di tingkat satu Hospital Keningau, Sabah, awal pagi Ahad.
News Editor 1 in Berita Terkini 3 years ago

Berita Terkini| SPRM perlu kaedah baharu cegah rasuah! Tangani ketirisan libatkan dana kerajaan!

PENDEKATAN penguatkuasaan undang-undang mencegah rasuah perlu selaras dengan peredaran masa, pembangunan negara, perkembangan ekonomi dan politik
News Editor 1 in Berita Terkini 3 years ago