Berita Terkini 11 Jul, 2021

Kena serbu! Gobok Rakyat Johor di Kg Sg Gatom, Labis terpaksa tutup awal! Bekalan bantuan habis!

@mohamed sa'ari
Berpengalaman sebagai jurufoto media dan still filem selama lebih 30 tahun. Pernah menjadi videographer untuk industri filem tanah air dalam tahun 90an. Terakhir sebagai stringger akhbar Utusan Malaysia dan Kosmo.

Share this

Poster lokasi Program Gobok Rakyat Johor bagi daerah Segamat.


Orang ramai beratur untuk mengambil barang makanan di pusat pengagihan Gobok Rakyat Johor bagi Mukim Labis, Segamat  di Balai Raya Kampung Sungai Gatom, Labis.


PROGRAM Gobok Rakyat Johor bagi Mukim Labis yang beroperasi di Balai Raya Kampung Sungai Gatom, Labis terpaksa ditutup lebih awal kerana kehabisan bekalan akibat diserbu oleh orang ramai pada hari pertama beroperasi.

Pusat pengagihan tersebut yang sepatutnya dibuka hingga pukul 5 petang tidak dapat meneruskan operasi kerana barangan keperluan yang disediakan habis dalam tempoh tiga jam selepas mula dibuka pada pukul  9 pagi.

Walaupun terdapat dalam kalangan mereka yang datang kecewa kerana tidak memperolehi barang yang diperlukan, namun rata-rata penerima yang ditemui menzahirkan terima kasih kepada kerajaan negeri Johor yang disifatkan prihatin dengan masalah yang dihadapi rakyat sepanjang tempoh perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 di negeri ini.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan bank makanan

Salah seorang daripada mereka yang terjejas datang untuk mendapatkan barang keperluan harian yang disediakan di bawah program Gobok Rakyat Johor di Balai Raya Kampung Sungai Gatom, Labis.



Seorang penerima, Rahmat Adam, 68,  yang bekerja di kilang papan berkata pendapatannya  yang menerima upah harian terjejas teruk sejak beberapa bulan kebelakangan ini berikutan kilang tempatnya bekerja tidak dibenarkan beroperasi .

“Bantuan barang makanan yang disediakan oleh kerajaan negeri ini sedikit sebanyak dapat  membantu meringankan kami yang hilang punca pendapatan.

“Mungkin bekalan ini hanya bertahan untuk tempoh beberapa hari sahaja, namun saya tetap bersyukur dan berharap program seperti ini dapat diteruskan sepanjang tempoh PKP ini kerana  jumlah mereka yang terjejas sebenarnya adalah ramai,” katanya.

Menurutnya, selain inisiatif kerajaan Johor mewujudkan program Gobok Rakyat Johor terdapat juga badan bukan kerajaan (NGO) dan orang perseorangan di Labis  yang mengadakan program serupa bagi membantu golongan yang terjejas. 


Rahmat Adam


Azhar Denam 


Sementara iti, Azhar Denam, 57, seorang pengusaha pusat karaoke berkata dia datang untuk mendapatkan bekalan makanan kerana hilang punca pendapatan sejak lebih dua bulan lalu berikutan larangan operasi pusat hiburan yang turut melibatkan perniagaannya.

Katanya, dia hanya bekerja mengambil upah apa sahaja kerja yang boleh dilakukan secara sambilan di beberapa kilang sekitar untuk menyara keluarga sejak pusat karaoke yang diusahakan tidak beroperasi .Namun katanya peluang tersebut tidak selalu datang dan hasil yang diperolehi jauh daripada mencukupi.

Namun dalam masa sama dia melahirkan rasa syukur kerana banyak pihak yang sudi menghulurkan bantuan melalui penganjuran program sebegini dan berharap hanya mereka yang benar-benar memerlukan bantuan datang untuk mendapat bantuan.


Petugas Program Gobok Rakyat Johor Mukim Labis di Balai Raya kampung Sungai Gatom, Labis memeriksa pengenalan diri mereka yang datang untuk mendapatkan bantuan.


Program Gobok Rakyat Johor merupakan inisiatif kerajaan Johor di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi (PRE) Ihsan Johor 3.0 dengan peruntukan sebanyak RM8 juta disediakan dan dilaksanakan di seluruh negeri serta diselaraskan oleh semua pejabat daerah.

Program yang memberi fokus bantuan bekalan makanan kepada golongan asnaf, miskin, B40, M40  serta golongan yang hilang punca pendapatan beroperasi di 115 lokasi seperti Kompleks Penghulu, dewan orang ramai serta balai raya di semua daerah yang terdapat di negeri Johor bermula pukul 8.30 pagi hingga 5 petang setiap hari.

Dijangka lebih 110,000 individu terkesan dengan perlaksanaan PKP 3.0 di negeri ini bakal menerima manfaat daripada penganjuran program ini  yang akan berakhir pada suatu tempoh yang akan dimaklumkan kelak. - KitaReporters


Sebahagian petugas Program Gobok Rakyat Johor bagi Mukim Labis.

1
0
0
0
0
You will be interested

Berita Terkini| Suntikan vaksin guna picagari kosong! Penyuntik tersilap! CITF-A pohon maaf!

Proses vaksinasi ke atas seorang remaja berusia 12 tahun gunakan picagari kosong berpunca akibat petugas kesihatan tersilap ambil picagari masih belum digunakan

News Editor 2 in Berita Terkini 3 years ago

Berita Terkini| Sesi persekolahan bermula di 3 negeri! Libatkan pelajar SPM, STPM,PPKI dan MBK!

SESI persekolahan secara bersemuka bermula di Terengganu, Kelantan dan Langkawi, Kedah hari ini, selepas enam bulan sekolah di seluruh negara ditutup
News Editor 1 in Berita Terkini 3 years ago

Berita Terkini| 69 kampung orang Asli Pahang terima Internet|Pelaksanaan projek bermula minggu ini!

SEBANYAK 69 kampung orang asli seluruh Pahang bakal menjalani kehidupan lebih se
News Editor 1 in Berita Terkini 3 years ago

Berita Terkini| Pesakit Covid-19 mahu lari tapi terperangkap! Nasib baik diselamat pasukan bomba!

TINDAKAN seorang pesakit COVID-19 yang cuba melarikan diri bertukar cemas apabila terperangkap di tingkat satu Hospital Keningau, Sabah, awal pagi Ahad.
News Editor 1 in Berita Terkini 3 years ago

Berita Terkini| SPRM perlu kaedah baharu cegah rasuah! Tangani ketirisan libatkan dana kerajaan!

PENDEKATAN penguatkuasaan undang-undang mencegah rasuah perlu selaras dengan peredaran masa, pembangunan negara, perkembangan ekonomi dan politik
News Editor 1 in Berita Terkini 3 years ago