Berita Terkini 08 Sep, 2021

Berita Terkini| KASA kenal pasti 10 sasaran utama KPI ketua jabatan! Sahut cabaran 100 hari PM!

@news editor 1
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke editor@reporters.com

Share this


KEMENTERIAN Alam Sekitar dan Air (KASA) mengenal pasti 10 sasaran utama yang akan menjadi Petunjuk Prestasi Utama (KPI) kepada semua ketua jabatannya.

Menterinya, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, sasaran berkenaan sebagai menyahut ketegasan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk barisan Jemaah Menterinya perlu membuktikan pencapaian utama dalam tempoh 100 hari pertama.

Peringkat awal ini, kementeriannya menetapkan masing-masing lima sasaran utama bagi sektor alam sekitar dan sektor air serta pembetungan.

“Lima sasaran utama bagi sektor alam sekitar ialah menggubal kerangka Undang-Undang Perubahan Iklim Negara dan menggubal struktur asas Pusat Inventori GHG (Green House Gas atau Gas Rumah Hijau) Negara.

“Diikuti membangunkan rangka kerja skim perdagangan karbon domestik, melancarkan Malaysia Plastics Sustainability Roadmap (Hala Tuju Kemampanan Plastik Malaysia) dan Green Jobs Portal (Portal Pekerjaan Hijau) bagi menjana peluang pekerjaan dalam sektor pertumbuhan ekonomi hijau,” katanya dalam kenyataan pada Rabu, 8 September 2021.

Beliau berkata, bagi lima sasaran utama sektor air dan pembetungan pula ialah membangunkan mekanisme penetapan tarif air yang adil dan telus serta menyasarkan lima kawasan baharu bagi projek Wakaf Air.

Katanya, ini dikuti sasaran meluaskan penggunaan sumber air pulih guna untuk industri, meluaskan kawasan liputan bekalan air dan pembetungan serta meningkatkan kadar rizab margin air nasional. -KitaReporters


16
11
0
9
0
You will be interested

Berita Terkini| Suntikan vaksin guna picagari kosong! Penyuntik tersilap! CITF-A pohon maaf!

Proses vaksinasi ke atas seorang remaja berusia 12 tahun gunakan picagari kosong berpunca akibat petugas kesihatan tersilap ambil picagari masih belum digunakan

News Editor 2 in Berita Terkini 3 years ago

Berita Terkini| Sesi persekolahan bermula di 3 negeri! Libatkan pelajar SPM, STPM,PPKI dan MBK!

SESI persekolahan secara bersemuka bermula di Terengganu, Kelantan dan Langkawi, Kedah hari ini, selepas enam bulan sekolah di seluruh negara ditutup
News Editor 1 in Berita Terkini 3 years ago

Berita Terkini| 69 kampung orang Asli Pahang terima Internet|Pelaksanaan projek bermula minggu ini!

SEBANYAK 69 kampung orang asli seluruh Pahang bakal menjalani kehidupan lebih se
News Editor 1 in Berita Terkini 3 years ago

Berita Terkini| Pesakit Covid-19 mahu lari tapi terperangkap! Nasib baik diselamat pasukan bomba!

TINDAKAN seorang pesakit COVID-19 yang cuba melarikan diri bertukar cemas apabila terperangkap di tingkat satu Hospital Keningau, Sabah, awal pagi Ahad.
News Editor 1 in Berita Terkini 3 years ago

Berita Terkini| SPRM perlu kaedah baharu cegah rasuah! Tangani ketirisan libatkan dana kerajaan!

PENDEKATAN penguatkuasaan undang-undang mencegah rasuah perlu selaras dengan peredaran masa, pembangunan negara, perkembangan ekonomi dan politik
News Editor 1 in Berita Terkini 3 years ago