Berita Terkini 10 Sep, 2021

Berita Terkini| Laluan feri Kuala Perlis-Langkawi ditambah 2 trip sehari! Bermula 16 Sept 2021!

@news editor 2
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke [email protected]

Share this

Gambar hiasan…Perkhidmatan feri dari Terminal Feri Kuala Perlis ke Pulau Langkawi ditambah kepada dua trip sehari. Kredit foto: Careta.my


LALUAN feri dari Terminal  Feri Kuala Perlis ke Langkawi bakal ditambah kepada dua trip sehari bermula 16 September 2021 susulan pelaksanaan Gelembung Pelancongan Projek Rintis ke Langkawi berbanding satu trip ketika ini.

Pengurus Sumber Manusia dan Operasi Konsortium Ferry Line Ventures Sdn Bhd, Kapten Baharin Baharom berkata, bagi memudahkan dan perlancarkan lagi pergerakan pelancong trip akan berjalan pada sesi pagi serta petang.

“Bagi urusan pembelian tiket, pelancong boleh membuat tempahan secara dalam talian di laman web www.cuticutilangkawi.com.

“Semua penumpang yang ingin ke Langkawi perlu tunjukkan sijil vaksinasi lengkap dua dos suntikan ketika membuat pembelian tiket di kaunter serta ketika memasuki balai pelepasan sebelum dibenarkan memasuki feri.

“Kemasukan trip feri ke Langkawi dari Terminal Feri Kuala Kedah pula akan bermula sebaik tamat Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di kawasan tersebut,” katanya dipetik laporan Sinar Harian bertarikh 10 September 2021. 

Tambah Baharin, penumpang juga perlu patuhi segala prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan  Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya (MOTAC) untuk melancong ke pulau berkenaan. -KitaReporters


10
14
0
14
0
You will be interested

Berita Terkini| Suntikan vaksin guna picagari kosong! Penyuntik tersilap! CITF-A pohon maaf!

Proses vaksinasi ke atas seorang remaja berusia 12 tahun gunakan picagari kosong berpunca akibat petugas kesihatan tersilap ambil picagari masih belum digunakan

News Editor 2 in Berita Terkini 3 years ago

Berita Terkini| Sesi persekolahan bermula di 3 negeri! Libatkan pelajar SPM, STPM,PPKI dan MBK!

SESI persekolahan secara bersemuka bermula di Terengganu, Kelantan dan Langkawi, Kedah hari ini, selepas enam bulan sekolah di seluruh negara ditutup
News Editor 1 in Berita Terkini 3 years ago

Berita Terkini| 69 kampung orang Asli Pahang terima Internet|Pelaksanaan projek bermula minggu ini!

SEBANYAK 69 kampung orang asli seluruh Pahang bakal menjalani kehidupan lebih se
News Editor 1 in Berita Terkini 3 years ago

Berita Terkini| Pesakit Covid-19 mahu lari tapi terperangkap! Nasib baik diselamat pasukan bomba!

TINDAKAN seorang pesakit COVID-19 yang cuba melarikan diri bertukar cemas apabila terperangkap di tingkat satu Hospital Keningau, Sabah, awal pagi Ahad.
News Editor 1 in Berita Terkini 3 years ago

Berita Terkini| SPRM perlu kaedah baharu cegah rasuah! Tangani ketirisan libatkan dana kerajaan!

PENDEKATAN penguatkuasaan undang-undang mencegah rasuah perlu selaras dengan peredaran masa, pembangunan negara, perkembangan ekonomi dan politik
News Editor 1 in Berita Terkini 3 years ago