Kawasan bandar di Malaysia dijangka bertambah hingga 80 peratus menjelang 2030, kata Pengarah Eksekutif United Nations Human Settlements Programme atau Program Penempatan Manusia PBB (UN-Habitat), Datuk Seri Maimunah Mohd Sharif.
Beliau berkata, antara cabaran yang dikenal pasti
berkait rapat dengan pertambahan kadar urbanisasi adalah pemisahan antara
kawasan bandar dan luar bandar, kekurangan perumahan mampu milik dan kawasan
lapang, mobiliti dan penghubung perbandaran yang lemah, kesesakan lalu lintas
selain masalah sosial.
"Sebagai perancang bandar dan komuniti perancang
secara umumnya, kita perlu berusaha untuk membantu orang ramai memahami keadaan
sosiopolitik sekitar dengan memberikan gambaran yang lebih baik, jelas dan
kukuh mengenai masa depan.
"Dalam masa sama, cadangan serta ramalan ini akan
dapat membentuk dasar dan perundangan perbandaran yang lebih progresif.
"Menjadi tanggungjawab
perancang bandar untuk terus memacu usaha mencapai penambahbaikan dan kualiti
hidup yang lebih baik bagi setiap generasi," katanya seperti dipetik Berita Harian pada Selasa, 31 Ogos 2021. - KitaReporters