Berita Terkini 15 Jul, 2021

Berita Terkini| PBT ada kuasa! Tutup kilang langgar SOP! Boleh juga ambil tindakan mahkamah!

@news editor 1
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke editor@reporters.com

Share this

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Zuraida Kamaruddin berkata, PBT mempunyai kuasa tutup kilang yang tidak patuh SOP.


PIHAK berkuasa tempatan (PBT) sebenarnya mempunyai kuasa untuk menutup kilang yang didapati melanggar prosedur operasi standard (SOP) bagi membendung penularan Covid-19.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Zuraida Kamaruddin berkata, PBT boleh menguatkuasakan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) bersama Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171).

"Pada 29 Jun (2021) lepas, kerajaan Pusat telah menurunkan kuasa kepada PBT untuk mengambil tindakan kepada mana-mana pihak termasuk individu, syarikat dan kilang yang tidak mematuhi SOP dengan mereka boleh dikompaun mengikut Akta 342.

 "PBT di seluruh negara boleh menguatkuasakannya, jadi tidak ada isu PBT tidak boleh tutup kilang kerana mereka boleh menggunakan Akta 342 dan disokong Akta 171, bahawa mereka mempunyai kuasa untuk menutup dan mengambil tindakan mahkamah," katanya seperti dipetik oleh Harian Metro pada Khamis, 15 Julai 2021.

Media melaporkan Exco Kerajaan Tempatan dan Pengangkutan Awam Selangor Ng Sze Han berkata, PBT tidak mempunyai kuasa bagi menutup kilang dalam membendung penularan Covid-19 kerana kuasa terbabit di bawah kerajaan Persekutuan. - KitaReporters


ZURAIDA berkata PBT mempunyai kuasa untuk menutup dan mengambil tindakan mahkamah sekiranya tidak mematuhi SOP. Kredit Foto: Unit Komunikasi Korporat KPKT.


0
0
0
0
0
You will be interested

Berita Terkini| Suntikan vaksin guna picagari kosong! Penyuntik tersilap! CITF-A pohon maaf!

Proses vaksinasi ke atas seorang remaja berusia 12 tahun gunakan picagari kosong berpunca akibat petugas kesihatan tersilap ambil picagari masih belum digunakan

News Editor 2 in Berita Terkini 2 weeks ago

Berita Terkini| Sesi persekolahan bermula di 3 negeri! Libatkan pelajar SPM, STPM,PPKI dan MBK!

SESI persekolahan secara bersemuka bermula di Terengganu, Kelantan dan Langkawi, Kedah hari ini, selepas enam bulan sekolah di seluruh negara ditutup
News Editor 1 in Berita Terkini 2 weeks ago

Berita Terkini| 69 kampung orang Asli Pahang terima Internet|Pelaksanaan projek bermula minggu ini!

SEBANYAK 69 kampung orang asli seluruh Pahang bakal menjalani kehidupan lebih se
News Editor 1 in Berita Terkini 2 weeks ago

Berita Terkini| Pesakit Covid-19 mahu lari tapi terperangkap! Nasib baik diselamat pasukan bomba!

TINDAKAN seorang pesakit COVID-19 yang cuba melarikan diri bertukar cemas apabila terperangkap di tingkat satu Hospital Keningau, Sabah, awal pagi Ahad.
News Editor 1 in Berita Terkini 2 weeks ago

Berita Terkini| SPRM perlu kaedah baharu cegah rasuah! Tangani ketirisan libatkan dana kerajaan!

PENDEKATAN penguatkuasaan undang-undang mencegah rasuah perlu selaras dengan peredaran masa, pembangunan negara, perkembangan ekonomi dan politik
News Editor 1 in Berita Terkini 2 weeks ago