Berita Terkini 01 Jul, 2021

Berita Terkini| Mohon universiti luar negara dengan keputusan STPM! Diterima peringkat global!

@news editor 1
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke editor@reporters.com

Share this


KEPUTUSAN Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dikeluarkan dalam dwibahasa iaitu bahasa Inggeris dan bahasa Melayu kerana calon boleh menggunakan sijil tersebut untuk ke universiti luar negara.

Ahli Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM), Profesor Datuk Dr Wahid Razzaly berkata, inisiatif itu selari dengan penetapan standard peperiksaan STPM 2020 yang diterima pada peringkat antarabangsa sejak 1982.

"Penetapan standard STPM 2020 dilaksanakan dengan efisien melalui Mesyuarat Jawatankuasa Pensijilan STPM 2020 dengan dinasihati dan diselia oleh Cambridge Assessment International Education, United Kingdom (UK).

"Nasihat dan penyeliaan secara berterusan dari Cambridge Assessment International Education, UK adalah bertujuan mengekalkan standard yang telah dilaksanakan sejak STPM 1982," katanya seperti dipetik Sinar Harian pada Khamis, 1 Julai 2021.

Wahid berkata, pengiktirafan dari Cambridge Assessment International Education UK itu terzahir di belakang Sijil STPM.

MPM juga akan memastikan peperiksaan STPM dan Ujian Bahasa Inggeris Universiti Malaysia (MUET) dikelolakan mengikut standard piawaian seperti yang telah dianugerahkan kepada MPM dengan Sijil Sistem Pengurusan Kualiti ISO 9001:2015 (QMS01934) yang telah mendapat pengiktirafan antarabangsa.

Beliau menegaskan, MPM juga akan terus memperkasakan jalinan hubungan dengan International Association for Educational Assessment (IAEA), Amerika Syarikat yang merupakan sebuah pertubuhan antarabangsa yang dianggotai badan pentaksiran pendidikan yang terkemuka di dunia dan diiktiraf di peringkat antarabangsa dalam bidang pentaksiran selaras dengan keahlian MPM sebagai Ahli Tetap IAEA sejak 1984. - KitaReporters


0
0
0
0
0
You will be interested

Berita Terkini| Suntikan vaksin guna picagari kosong! Penyuntik tersilap! CITF-A pohon maaf!

Proses vaksinasi ke atas seorang remaja berusia 12 tahun gunakan picagari kosong berpunca akibat petugas kesihatan tersilap ambil picagari masih belum digunakan

News Editor 2 in Berita Terkini 2 years ago

Berita Terkini| Sesi persekolahan bermula di 3 negeri! Libatkan pelajar SPM, STPM,PPKI dan MBK!

SESI persekolahan secara bersemuka bermula di Terengganu, Kelantan dan Langkawi, Kedah hari ini, selepas enam bulan sekolah di seluruh negara ditutup
News Editor 1 in Berita Terkini 2 years ago

Berita Terkini| 69 kampung orang Asli Pahang terima Internet|Pelaksanaan projek bermula minggu ini!

SEBANYAK 69 kampung orang asli seluruh Pahang bakal menjalani kehidupan lebih se
News Editor 1 in Berita Terkini 2 years ago

Berita Terkini| Pesakit Covid-19 mahu lari tapi terperangkap! Nasib baik diselamat pasukan bomba!

TINDAKAN seorang pesakit COVID-19 yang cuba melarikan diri bertukar cemas apabila terperangkap di tingkat satu Hospital Keningau, Sabah, awal pagi Ahad.
News Editor 1 in Berita Terkini 2 years ago

Berita Terkini| SPRM perlu kaedah baharu cegah rasuah! Tangani ketirisan libatkan dana kerajaan!

PENDEKATAN penguatkuasaan undang-undang mencegah rasuah perlu selaras dengan peredaran masa, pembangunan negara, perkembangan ekonomi dan politik
News Editor 1 in Berita Terkini 2 years ago