Berita Terkini 05 Jul, 2021

Berita Terkini| Polis kenal pasti lelaki lolos kawat duri PKPD! Suspek ada banyak rekod jenayah!

@news editor 1
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke editor@reporters.com

Share this

DUA lelaki dikesan bantu kes dua lelaki lolos kawat duri PKPD di sebuah PPR di di Jalan Kampung Pasir. - Kredit Foto: Sinar Harian


POLIS telah kenal pasti dua daripada tiga lelaki yang melarikan diri dari kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di sebuah Program Perumahan Rakyat (PPR) Pantai Ria, di Jalan Kampung Pasir, Kuala Lumpur, pada Ahad, 4 Julai 2021.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Anuar Omar berkata, pihaknya mengenal pasti seorang lelaki berusia 34 tahun yang mempunyai enam rekod jenayah berkaitan kes dadah, samun, curi dan kes-kes lain.

"Seorang lagi lelaki berusia 46 tahun, suspek mempunyai sembilan rekod jenayah berkaitan kes pecah rumah dan pelbagai kesalahan di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya seperti dipetik oleh Sinar Harian pada Isnin, 5 Julai 2021.

Jelas Anuar, hasil pemeriksaan di lokasi kejadian mendapati terdapat kawat duri telah rosak dan dipercayai digunakan oleh tiga individu berkenaan untuk melarikan diri.

"Usaha mengesan individu-individu terlibat sedang giat dijalankan. Kes disiasat di bawah Seksyen 22(b) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988," katanya.

Beliau menegaskan sebarang perlanggaran Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) boleh dikenakan tindakan undang-undang.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang awam supaya tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan video tular itu.  

Terdahulu, tular video yang berdurasi selama 2.04 minit itu memaparkan dua lelaki meniarap sebelum melarikan diri menerusi kawat duri yang diletakkan di sekeliling blok perumahan berkenaan.

Kerajaan baru-baru ini mengumumkan PKPD di beberapa lokaliti di Kuala Lumpur termasuk di PPR Pantai Ria bermula 1 sehingga 14 Julai ini. KitaReporters 


Polis telah kenal pasti dua lelaki yang meloloskan diri melalui kawat duri di kawasan PKPD PPR Pantai Ria, Kuala Lumpur. - Kredit Foto: Sinar Harian

0
1
0
0
0
You will be interested

Berita Terkini| Suntikan vaksin guna picagari kosong! Penyuntik tersilap! CITF-A pohon maaf!

Proses vaksinasi ke atas seorang remaja berusia 12 tahun gunakan picagari kosong berpunca akibat petugas kesihatan tersilap ambil picagari masih belum digunakan

News Editor 2 in Berita Terkini 9 months ago

Berita Terkini| Sesi persekolahan bermula di 3 negeri! Libatkan pelajar SPM, STPM,PPKI dan MBK!

SESI persekolahan secara bersemuka bermula di Terengganu, Kelantan dan Langkawi, Kedah hari ini, selepas enam bulan sekolah di seluruh negara ditutup
News Editor 1 in Berita Terkini 9 months ago

Berita Terkini| 69 kampung orang Asli Pahang terima Internet|Pelaksanaan projek bermula minggu ini!

SEBANYAK 69 kampung orang asli seluruh Pahang bakal menjalani kehidupan lebih se
News Editor 1 in Berita Terkini 9 months ago

Berita Terkini| Pesakit Covid-19 mahu lari tapi terperangkap! Nasib baik diselamat pasukan bomba!

TINDAKAN seorang pesakit COVID-19 yang cuba melarikan diri bertukar cemas apabila terperangkap di tingkat satu Hospital Keningau, Sabah, awal pagi Ahad.
News Editor 1 in Berita Terkini 9 months ago

Berita Terkini| SPRM perlu kaedah baharu cegah rasuah! Tangani ketirisan libatkan dana kerajaan!

PENDEKATAN penguatkuasaan undang-undang mencegah rasuah perlu selaras dengan peredaran masa, pembangunan negara, perkembangan ekonomi dan politik
News Editor 1 in Berita Terkini 9 months ago