Berita Terkini 13 Sep, 2021

Berita Terkini| Kedah perkenalkan peraturan baharu! Lindungi, pelihara Taman Laut Pulau Payar!

@news editor 1
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke [email protected]

Share this


KERAJAAN Kedah bersama Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) memperkenalkan beberapa peraturan baharu bagi melindungi dan memulihara biodiversiti Taman Laut Pulau Payar dekat Langkawi.

Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor berkata peraturan itu termasuk mengehadkan jumlah kedatangan pelancong ke pulau itu kepada 100 orang seminggu dan hanya pengusaha pelancongan yang berdaftar dengan DOF Kedah sahaja yang dibenarkan menjalankan aktiviti di perairan taman laut itu.

“Taman Laut Pulau Payar juga akan ditutup kepada pelancong pada hari Selasa dan Rabu setiap minggu dan akan ditutup kepada pelancong sepanjang bulan Mac hingga Mei setiap tahun,” katanya dalam kenyataan pada Isnin, 13 September 2021.

Data saintifik menunjukkan bahawa perlindungan biodiversiti marin Pulau Payar melalui konsep taman laut telah memberikan perkembangan positif terhadap pemulihan ekosistem terumbu karang di pulau itu.

Menurutnya, survei litupan karang yang dijalankan oleh sepasukan penyelidik daripada Coral Cay Conservation pada 2004 dan 2005 melaporkan litupan karang di pulau itu diklasifikasikan sebagai moderate sederhana hingga poor dengan peratusan litupan karang antara 0 hingga 50 peratus. - KitaReporters


14
8
0
15
0
You will be interested

Berita Terkini| Suntikan vaksin guna picagari kosong! Penyuntik tersilap! CITF-A pohon maaf!

Proses vaksinasi ke atas seorang remaja berusia 12 tahun gunakan picagari kosong berpunca akibat petugas kesihatan tersilap ambil picagari masih belum digunakan

News Editor 2 in Berita Terkini 3 years ago

Berita Terkini| Sesi persekolahan bermula di 3 negeri! Libatkan pelajar SPM, STPM,PPKI dan MBK!

SESI persekolahan secara bersemuka bermula di Terengganu, Kelantan dan Langkawi, Kedah hari ini, selepas enam bulan sekolah di seluruh negara ditutup
News Editor 1 in Berita Terkini 3 years ago

Berita Terkini| 69 kampung orang Asli Pahang terima Internet|Pelaksanaan projek bermula minggu ini!

SEBANYAK 69 kampung orang asli seluruh Pahang bakal menjalani kehidupan lebih se
News Editor 1 in Berita Terkini 3 years ago

Berita Terkini| Pesakit Covid-19 mahu lari tapi terperangkap! Nasib baik diselamat pasukan bomba!

TINDAKAN seorang pesakit COVID-19 yang cuba melarikan diri bertukar cemas apabila terperangkap di tingkat satu Hospital Keningau, Sabah, awal pagi Ahad.
News Editor 1 in Berita Terkini 3 years ago

Berita Terkini| SPRM perlu kaedah baharu cegah rasuah! Tangani ketirisan libatkan dana kerajaan!

PENDEKATAN penguatkuasaan undang-undang mencegah rasuah perlu selaras dengan peredaran masa, pembangunan negara, perkembangan ekonomi dan politik
News Editor 1 in Berita Terkini 3 years ago