Berita Terkini 12 Aug, 2021

Berita Terkini| KPM diminta kaji kesesuaian buka sekolah 1 Sept ini! Kes Covid-19 masih tinggi!

@news editor 2
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke editor@kitareporters.com

Share this

Gambar hiasan… Pembukaan sekolah secara bersemuka dijadualkan pada 1 September 2021 depan. - Kredit foto: Bernama


IKATAN Guru-guru Muslim Malaysia (i-Guru) meminta Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengkaji semula cadangan pembukaan sekolah secara bersemuka pada 1 September 2021.

Presidennya, Mohd Azizee Hasan berkata pertimbangan semula perlu dilakukan oleh KPM berikutan kes positif Covid-19 masih tinggi, sekali gus membimbangan ibu bapa untuk menghantar anak-anak ke sekolah.

“Memandangkan kes Covid-19 melepasi angka 20,000 sehari ketika ini, kami harap KPM dapar pertimbangkan dan mengkaji semula kesesuaian tarikh pembukaan sekolah.

“Wajar sekiranya pembukaan sekolah secara bersemuka ditangguh pada tarikh yang bersesuaian sehingga meyakinkan semua pihak termasuk guru, ibu bapa serta pelajar itu sendiri untuk kembali bersekolah.

“Kita harap KPM dapat buat keputusan jelas dan tepat berdasarkan data serta sains. Andai KPM kekal dengan tarikh 1 September 2021, beberapa langkah termasuk usaha ketatkan prosedur operasi standard harus dilakukan,” katanya dipetik daripada laporan Harian Metro, 12 Ogos 2021.

Tambah beliau, pandangan daripada pemegang taruh pendidikan seperti Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Majlis Guru Besar Malaysia dan Majlis Pengetua Sekolah Malaysia wajar diperoleh berhubung perkara itu. - KitaReporters


 

1
0
0
0
0
You will be interested

Berita Terkini| Suntikan vaksin guna picagari kosong! Penyuntik tersilap! CITF-A pohon maaf!

Proses vaksinasi ke atas seorang remaja berusia 12 tahun gunakan picagari kosong berpunca akibat petugas kesihatan tersilap ambil picagari masih belum digunakan

News Editor 2 in Berita Terkini 2 years ago

Berita Terkini| Sesi persekolahan bermula di 3 negeri! Libatkan pelajar SPM, STPM,PPKI dan MBK!

SESI persekolahan secara bersemuka bermula di Terengganu, Kelantan dan Langkawi, Kedah hari ini, selepas enam bulan sekolah di seluruh negara ditutup
News Editor 1 in Berita Terkini 2 years ago

Berita Terkini| 69 kampung orang Asli Pahang terima Internet|Pelaksanaan projek bermula minggu ini!

SEBANYAK 69 kampung orang asli seluruh Pahang bakal menjalani kehidupan lebih se
News Editor 1 in Berita Terkini 2 years ago

Berita Terkini| Pesakit Covid-19 mahu lari tapi terperangkap! Nasib baik diselamat pasukan bomba!

TINDAKAN seorang pesakit COVID-19 yang cuba melarikan diri bertukar cemas apabila terperangkap di tingkat satu Hospital Keningau, Sabah, awal pagi Ahad.
News Editor 1 in Berita Terkini 2 years ago

Berita Terkini| SPRM perlu kaedah baharu cegah rasuah! Tangani ketirisan libatkan dana kerajaan!

PENDEKATAN penguatkuasaan undang-undang mencegah rasuah perlu selaras dengan peredaran masa, pembangunan negara, perkembangan ekonomi dan politik
News Editor 1 in Berita Terkini 2 years ago