Berita Terkini 13 Aug, 2021

Berita Terkini| Tangkap ikan guna bom! 5 lelaki dicekup polis marin! Nilai rampasan lebih RM67k

@news editor 2
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke [email protected]

Share this

Lima lelaki ditahan bersama peralatan yang digunakan untuk kegiatan mengebom ikan di perairan Pulau Mengalum, Kota Kinabalu. - Kredit foto: FB Pasukan Polis Marin W4 Sabah 


PASUKAN Polis Marin (PPM) Kota Kinabalu menahan lima lelaki berusia 21 hingga 52 tahun yang dipercayai melakukan kegiatan mengebom ikan di kawasan selatan Pulau Mengalum, Kota Kinabalu.

Dalam kejadian kira-kira 11.30 pagi pada 12 Ogos 2021 itu, pihak berkuasa turut merampas dua buah bot, ikan seberat 60 kilogram dan pelbagai peralatan disyaki bagi tujuan pengeboman ikan yang dianggarkan berjumlah RM67,300.

Pegawai Pemerintah Markas Operasi PPM Kota Kinabalu, Asisten Superintendan Roslan Awang berkata terdahulu pihaknya mengesan dua bot nelayan sedang jalankan aktiviti menangkap ikan sewaktu menjalankan rondaan di kawasan itu.

“Hasil pemeriksaan lanjut terhadap bot-bot tersebut, ditemui beberapa peralatan yang dipercayai digunakan bagi kegiatan bom ikan seperti detonator, baja ammonium nitrat, hos, komproser dan alat menyelam.

“Kesemua lima lelaki yang ditahan dan barangan rampasan dibawa ke Markas Operasi PPM Kota Kinabalu untuk tindakan lanjut,” katanya yang dipetik laporan Harian Metro, 13 Ogos 2021.

Tambah beliau, kes disiasat mengikut Seksyen 26 (1)(c) Akta Perikanan 1985 kerana disyaki menangkap ikan menggunakan bahan letupan. - KitaReporters


 

1
0
0
0
0
You will be interested

Berita Terkini| Suntikan vaksin guna picagari kosong! Penyuntik tersilap! CITF-A pohon maaf!

Proses vaksinasi ke atas seorang remaja berusia 12 tahun gunakan picagari kosong berpunca akibat petugas kesihatan tersilap ambil picagari masih belum digunakan

News Editor 2 in Berita Terkini 3 years ago

Berita Terkini| Sesi persekolahan bermula di 3 negeri! Libatkan pelajar SPM, STPM,PPKI dan MBK!

SESI persekolahan secara bersemuka bermula di Terengganu, Kelantan dan Langkawi, Kedah hari ini, selepas enam bulan sekolah di seluruh negara ditutup
News Editor 1 in Berita Terkini 3 years ago

Berita Terkini| 69 kampung orang Asli Pahang terima Internet|Pelaksanaan projek bermula minggu ini!

SEBANYAK 69 kampung orang asli seluruh Pahang bakal menjalani kehidupan lebih se
News Editor 1 in Berita Terkini 3 years ago

Berita Terkini| Pesakit Covid-19 mahu lari tapi terperangkap! Nasib baik diselamat pasukan bomba!

TINDAKAN seorang pesakit COVID-19 yang cuba melarikan diri bertukar cemas apabila terperangkap di tingkat satu Hospital Keningau, Sabah, awal pagi Ahad.
News Editor 1 in Berita Terkini 3 years ago

Berita Terkini| SPRM perlu kaedah baharu cegah rasuah! Tangani ketirisan libatkan dana kerajaan!

PENDEKATAN penguatkuasaan undang-undang mencegah rasuah perlu selaras dengan peredaran masa, pembangunan negara, perkembangan ekonomi dan politik
News Editor 1 in Berita Terkini 3 years ago