Berita Terkini 29 Sep, 2021

Berita Terkini| Skim pencen diharapkan terus kekal! Sebagai penghargaan kepada pesara kerajaan!

@news editor 1
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke [email protected]

Share this


KERAJAAN diharap terus mengekalkan skim pencen sedia ada sebagai penghargaan kepada pesara yang pernah menjalankan tanggungjawab sebagai penjawat awam meskipun pembayaran tersebut mencecah RM46.6 bilion pada 2030. 

Presiden Kelab Pesara Kerajaan Malaysia (Kupekmas), Datuk Omar Osman berkata, ia merupakan satu-satunya penghargaan yang diberikan kepada pesara yang telah bertungkus lumus menjalankan tugas.

Menurutnya, Kumpulan Wang Amanah Persaraan (KWAP) yang ditubuhkan perlu memainkan peranan penting dalam menjalankan tugasan dan membantu meringankan beban kerajaan terhadap skim pencen.

“Menjelang 2030, jumlah skim pencen ini memang agar besar tetapi bagi saya, inilah satu satunya penghargaan kepada penjawat awam yang pernah bertugas dalam kerajaan.

“Berdasarkan gaji penjawat awam, gajinya tidak besar, jadi apabila bersara nanti, kalau tiada pencen akan jadi lebih teruk. Ini kerana skim pencen merupakan satu-satunya yang meringankan beban pesara dari segi perubatan dan sebagainya.

“Jadi KWAP perlu bijak memainkan peranannya, mereka perlu jaga skim pencen dan hak pencen. Duit kita dilaburkan untuk bantu kerajaan dari segi pembayaran pencen dalam tempoh tertentu. 

"KWAP ini perlu bijak menjalankan tugasan dalam memastikan pelaburan persaraan ditingkatkan,” katanya seperti dipetik daripada laporan Sinar Harian, 29 September 2021. - KitaReporters



8
12
0
5
1
You will be interested

Berita Terkini| Suntikan vaksin guna picagari kosong! Penyuntik tersilap! CITF-A pohon maaf!

Proses vaksinasi ke atas seorang remaja berusia 12 tahun gunakan picagari kosong berpunca akibat petugas kesihatan tersilap ambil picagari masih belum digunakan

News Editor 2 in Berita Terkini 3 years ago

Berita Terkini| Sesi persekolahan bermula di 3 negeri! Libatkan pelajar SPM, STPM,PPKI dan MBK!

SESI persekolahan secara bersemuka bermula di Terengganu, Kelantan dan Langkawi, Kedah hari ini, selepas enam bulan sekolah di seluruh negara ditutup
News Editor 1 in Berita Terkini 3 years ago

Berita Terkini| 69 kampung orang Asli Pahang terima Internet|Pelaksanaan projek bermula minggu ini!

SEBANYAK 69 kampung orang asli seluruh Pahang bakal menjalani kehidupan lebih se
News Editor 1 in Berita Terkini 3 years ago

Berita Terkini| Pesakit Covid-19 mahu lari tapi terperangkap! Nasib baik diselamat pasukan bomba!

TINDAKAN seorang pesakit COVID-19 yang cuba melarikan diri bertukar cemas apabila terperangkap di tingkat satu Hospital Keningau, Sabah, awal pagi Ahad.
News Editor 1 in Berita Terkini 3 years ago

Berita Terkini| SPRM perlu kaedah baharu cegah rasuah! Tangani ketirisan libatkan dana kerajaan!

PENDEKATAN penguatkuasaan undang-undang mencegah rasuah perlu selaras dengan peredaran masa, pembangunan negara, perkembangan ekonomi dan politik
News Editor 1 in Berita Terkini 3 years ago