Berita Terkini 28 Jul, 2021

Berita Terkini| Jumlah pendaftaran vaksin masih rendah! Sasaran 80 peratus belum dicapai!

@news editor 2
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke [email protected]

Share this

Gambar hiasan… Jumlah pendaftaran PICK 19 belum capai sasaran.


Jumlah pendaftaran Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) dalam kalangan penduduk Malaysia hanya merekodkan seramai 20,134, 971 orang yang mendaftar setakat 26 Julai 2021.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata ia bersamaan 61.7 peratus keseluruhan populasi rakyat di negara ini dan jauh lebih rendah berbanding sasaran 80 peratus dalam tempoh sama.

"Bagi statistik pendaftaran untuk beberapa negeri, peratusan pendaftaran rendah berbanding nilai ambang ditetapkan di bawah program Pelan Pemulihan Negara (PPN) untuk sesebuah negeri beralih daripada satu fasa ke fasa lain.

“Hal ini mungkin negeri-negeri berkenaan hadapi kekangan untuk mendaftar disebabkan faktor-faktor tertentu seperti keadaan geografi dan demografi yang berbeza-beza.

“Contohnya, di kawasan pedalaman, kawasan luar bandar dan di kawasan yang mungkin susah untuk kita akses,"katanya dipetik laporan Sinar Harian, 28 Julai 2021.

Tambah Khairy Jamaluddin yang juga Menteri Penyelaras PICK berkata, daripada jumlah keseluruhan yang mendaftar setakat ini seramai 18.8 juta merupakan individu dewasa berusia 18 tahun ke atas, manakala bakinya mereka yang bawah umur 18 tahun. -KitaReporters


0
0
0
0
0
You will be interested

Berita Terkini| Suntikan vaksin guna picagari kosong! Penyuntik tersilap! CITF-A pohon maaf!

Proses vaksinasi ke atas seorang remaja berusia 12 tahun gunakan picagari kosong berpunca akibat petugas kesihatan tersilap ambil picagari masih belum digunakan

News Editor 2 in Berita Terkini 3 years ago

Berita Terkini| Sesi persekolahan bermula di 3 negeri! Libatkan pelajar SPM, STPM,PPKI dan MBK!

SESI persekolahan secara bersemuka bermula di Terengganu, Kelantan dan Langkawi, Kedah hari ini, selepas enam bulan sekolah di seluruh negara ditutup
News Editor 1 in Berita Terkini 3 years ago

Berita Terkini| 69 kampung orang Asli Pahang terima Internet|Pelaksanaan projek bermula minggu ini!

SEBANYAK 69 kampung orang asli seluruh Pahang bakal menjalani kehidupan lebih se
News Editor 1 in Berita Terkini 3 years ago

Berita Terkini| Pesakit Covid-19 mahu lari tapi terperangkap! Nasib baik diselamat pasukan bomba!

TINDAKAN seorang pesakit COVID-19 yang cuba melarikan diri bertukar cemas apabila terperangkap di tingkat satu Hospital Keningau, Sabah, awal pagi Ahad.
News Editor 1 in Berita Terkini 3 years ago

Berita Terkini| SPRM perlu kaedah baharu cegah rasuah! Tangani ketirisan libatkan dana kerajaan!

PENDEKATAN penguatkuasaan undang-undang mencegah rasuah perlu selaras dengan peredaran masa, pembangunan negara, perkembangan ekonomi dan politik
News Editor 1 in Berita Terkini 3 years ago