Berita Terkini 19 Jul, 2021

Berita Terkini| APHM bersedia kongsi infrastruktur! Pindah kes kecemasan ke hospital swasta!

@news editor 1
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke editor@reporters.com

Share this

APHM bersedia memindahkan kes kecemasan di hospital kerajaan ke hospital swasta bagi menampung pesakit yang semakin meningkat. - Kredit foto: Facebook Noor Hisham Abdullah


PERSATUAN Hospital Swasta Malaysia (APHM) bersedia memudahkan perkongsian sumber manusia dan insfrastruktur bergerak seperti peralatan atau kelengkapan perubatan jika diperlukan bagi rawatan Covid-19 dan meningkatkan kadar vaksinasi di pusat pemberian vaksin mega dalam beberapa minggu akan datang.

Presiden APHM, Datuk Dr Kuljit Singh berkata, semua ketua pegawai operasi hospital swasta di Lembah Klang akan berbincang secara langsung dengan Kementerian Kesihatan (KKM) agar sokongan maksimum diberikan kepada pesakit di negara ini.

"Sehingga hari ini, hampir 100 peratus katil untuk ICU Covid-19 di hospital swasta digunakan untuk merawat pesakit kategori 5.

"Kami sedang dalam perbincangan lanjut dengan KKM untuk memindahkan kes kecemasan dan pesakit dalam wad di hospital kerajaan ke pusat-pusat  perubatan swasta supaya lebih banyak hospital awam boleh ditukar kepada hospital Covid-19 bagi menampung ribuan lagi pesakit," katanya menerusi kenyataan di Kuala Lumpur pada Isnin, 19 Julai 2021.

Dr Kuljit berkata, pemberian suntikan vaksin kepada petugas kesihatan swasta terbukti dapat melindungi barisan hadapan daripada Covid-19, hasil diperoleh konsisten dengan data diberikan kerajaan mengenai petugas kesihatan dan ia sama seperti data antarabangsa.

Beliau berkata, 152 ahli APHM, dilaporkan bahawa kebanyakan petugas kesihatan yang diberikan suntikan vaksin tidak dijangkiti Covid-19, manakala bilangan kecil yang dijangkiti mempunyai gejala sangat ringan dan pulih dengan baik. - KitaReporters


SEHINGGA hari ini, hampir 100 peratus katil untuk ICU Covid-19 di hospital swasta digunakan untuk merawat pesakit kategori 5. - Kredit foto: thestar.com

0
1
1
0
0
You will be interested

Berita Terkini| Suntikan vaksin guna picagari kosong! Penyuntik tersilap! CITF-A pohon maaf!

Proses vaksinasi ke atas seorang remaja berusia 12 tahun gunakan picagari kosong berpunca akibat petugas kesihatan tersilap ambil picagari masih belum digunakan

News Editor 2 in Berita Terkini 2 years ago

Berita Terkini| Sesi persekolahan bermula di 3 negeri! Libatkan pelajar SPM, STPM,PPKI dan MBK!

SESI persekolahan secara bersemuka bermula di Terengganu, Kelantan dan Langkawi, Kedah hari ini, selepas enam bulan sekolah di seluruh negara ditutup
News Editor 1 in Berita Terkini 2 years ago

Berita Terkini| 69 kampung orang Asli Pahang terima Internet|Pelaksanaan projek bermula minggu ini!

SEBANYAK 69 kampung orang asli seluruh Pahang bakal menjalani kehidupan lebih se
News Editor 1 in Berita Terkini 2 years ago

Berita Terkini| Pesakit Covid-19 mahu lari tapi terperangkap! Nasib baik diselamat pasukan bomba!

TINDAKAN seorang pesakit COVID-19 yang cuba melarikan diri bertukar cemas apabila terperangkap di tingkat satu Hospital Keningau, Sabah, awal pagi Ahad.
News Editor 1 in Berita Terkini 2 years ago

Berita Terkini| SPRM perlu kaedah baharu cegah rasuah! Tangani ketirisan libatkan dana kerajaan!

PENDEKATAN penguatkuasaan undang-undang mencegah rasuah perlu selaras dengan peredaran masa, pembangunan negara, perkembangan ekonomi dan politik
News Editor 1 in Berita Terkini 2 years ago