Berita Terkini 17 Jul, 2021

Berita Terkini| Selangor hadkan 50 jemaah solat Aidiladha! Utamakan kariah lengkap 2 dos vaksin

@news editor 1
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke [email protected]

Share this


KERAJAAN Selangor menetapkan had jemaah bagi solat sunat Hari Raya Aidiladha di masjid-masjid di negeri ini seramai 50 orang, manakala kebenaran solat Jumaat sehingga 40 orang.

Exco Hal Ehwal Agama Islam, Pengguna dan Industri Halal Selangor, Mohd Zawawi Ahmad Mughni berkata, had tersebut termasuk pentadbir, namun solat sunat Hari Raya Aidiladha di surau kariah adalah tidak dibenarkan.

Semua pentadbir masjid dan surau kebenaran Jumaat hanya dibenarkan menjemput jemaah terdiri dalam kalangan ahli kariah sahaja.

"Keutamaan adalah ahli kariah yang telah menerima dua dos suntikan vaksin Covid-19.

"Laungan takbir akan bermula jam 7.30 pagi diikuti solat sunat Aidiladha didirikan pada jam 8.30 pagi dan bersurai pada jam 9 pagi," katanya seperti dipetik oleh Sinar Harian pada Sabtu, 17 Julai 2021.

Dalam masa sama, Mohd Zawawi berkata, ziarah tanah kubur adalah tidak dibenarkan semasa Hari Raya Aidiladha dan umat Islam disyorkan membaca tahlil, zikir serta doa di kediaman masing-masing. - KitaReporters


 

0
0
0
0
0
You will be interested

Berita Terkini| Suntikan vaksin guna picagari kosong! Penyuntik tersilap! CITF-A pohon maaf!

Proses vaksinasi ke atas seorang remaja berusia 12 tahun gunakan picagari kosong berpunca akibat petugas kesihatan tersilap ambil picagari masih belum digunakan

News Editor 2 in Berita Terkini 3 years ago

Berita Terkini| Sesi persekolahan bermula di 3 negeri! Libatkan pelajar SPM, STPM,PPKI dan MBK!

SESI persekolahan secara bersemuka bermula di Terengganu, Kelantan dan Langkawi, Kedah hari ini, selepas enam bulan sekolah di seluruh negara ditutup
News Editor 1 in Berita Terkini 3 years ago

Berita Terkini| 69 kampung orang Asli Pahang terima Internet|Pelaksanaan projek bermula minggu ini!

SEBANYAK 69 kampung orang asli seluruh Pahang bakal menjalani kehidupan lebih se
News Editor 1 in Berita Terkini 3 years ago

Berita Terkini| Pesakit Covid-19 mahu lari tapi terperangkap! Nasib baik diselamat pasukan bomba!

TINDAKAN seorang pesakit COVID-19 yang cuba melarikan diri bertukar cemas apabila terperangkap di tingkat satu Hospital Keningau, Sabah, awal pagi Ahad.
News Editor 1 in Berita Terkini 3 years ago

Berita Terkini| SPRM perlu kaedah baharu cegah rasuah! Tangani ketirisan libatkan dana kerajaan!

PENDEKATAN penguatkuasaan undang-undang mencegah rasuah perlu selaras dengan peredaran masa, pembangunan negara, perkembangan ekonomi dan politik
News Editor 1 in Berita Terkini 3 years ago