Berita Terkini 12 Jul, 2021

Berita Terkini| Annuar Musa dikompaun RM2,000! Ziarah Pak Lah, makan tengah hari! Ingkar SOP!

@news editor 2
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke editor@kitareporters.com

Share this

 

Ciapan dalam akaun Twitter Annuar Musa berhubung aktivitinya ziarah Tun Abdullah turut tular dalam media sosial


MENTERI Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa dikompaun RM2,000 kerana ingkar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan berkunjung ke kediaman bekas Perdana Menteri kelima, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Annuar berkunjung ke rumah Abdullah atau Pak Lah pada 10 Julai 2021 dan meluangkan masa lebih dua jam serta menikmati makan tengah hari di kediaman yang terletak di Kuala Lumpur itu.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata, kompaun dikenakan mengikut Peraturan 17 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPPPB) (PPN) 2021.

“Beliau (Annuar Musa) sudah dikenakan kompaun RM2,000,” ujarnya yang dipetik oleh laporan Kosmo pada Isnin, 12 Julai 2021.

Sementara itu, Pejabat Menteri Wilayah Persekutuan melalui satu kenyataan mengesahkan Annuar telah menerima kompaun daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan memaklumkan ia akan dijelaskan secepat mungkin.

Terdahulu, Annuar yang juga Ahli Parlimen Ketereh melalui ciapan dalam akaun Twitternya pada jam 2.04 petang ,10 Julai 2021 memberitahu beliau dan isterinya mengunjungi kediaman Pak Lah di Bait Badawi, Kuala Lumpur.

Ciapan tersebut telah dipadamkan namun sudahpun tular dalam media sosial. - KitaReporters


 

0
1
0
0
0
You will be interested

Berita Terkini| Suntikan vaksin guna picagari kosong! Penyuntik tersilap! CITF-A pohon maaf!

Proses vaksinasi ke atas seorang remaja berusia 12 tahun gunakan picagari kosong berpunca akibat petugas kesihatan tersilap ambil picagari masih belum digunakan

News Editor 2 in Berita Terkini 3 years ago

Berita Terkini| Sesi persekolahan bermula di 3 negeri! Libatkan pelajar SPM, STPM,PPKI dan MBK!

SESI persekolahan secara bersemuka bermula di Terengganu, Kelantan dan Langkawi, Kedah hari ini, selepas enam bulan sekolah di seluruh negara ditutup
News Editor 1 in Berita Terkini 3 years ago

Berita Terkini| 69 kampung orang Asli Pahang terima Internet|Pelaksanaan projek bermula minggu ini!

SEBANYAK 69 kampung orang asli seluruh Pahang bakal menjalani kehidupan lebih se
News Editor 1 in Berita Terkini 3 years ago

Berita Terkini| Pesakit Covid-19 mahu lari tapi terperangkap! Nasib baik diselamat pasukan bomba!

TINDAKAN seorang pesakit COVID-19 yang cuba melarikan diri bertukar cemas apabila terperangkap di tingkat satu Hospital Keningau, Sabah, awal pagi Ahad.
News Editor 1 in Berita Terkini 3 years ago

Berita Terkini| SPRM perlu kaedah baharu cegah rasuah! Tangani ketirisan libatkan dana kerajaan!

PENDEKATAN penguatkuasaan undang-undang mencegah rasuah perlu selaras dengan peredaran masa, pembangunan negara, perkembangan ekonomi dan politik
News Editor 1 in Berita Terkini 3 years ago