Berita Terkini 08 Jul, 2021

Berita Terkini| 2,040 kes dera terhadap kanak-kanak direkodkan! Tempoh 4 bulan pertama 2021!

@news editor 2
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke editor@kitareporters.com

Share this

Talian Kasih adalah talian perihatin masyarakat yang boleh diakses orang awam melalui dua saluran iaitu menerusi talian bebas tol 15999 dan aplikasi WhatsApp


Sebanyak 2,040 kes penderaan terhadap kanak-kanak dalam tempoh empat bulan pertama tahun 2021 ini direkodkan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Menterinya, Datuk Seri Rina Mohd Harun berkata peranan ahli keluarga penting dalam atasi kes penderaan berkenaan dan ibu bapa yang punyai masalah boleh hubungi Talian Kasih 15999 selain menyertai kumpulan sokongan.

“Dalam keadaan sekarang dengan pelbagai dugaan ini, ada antara kita hilang pekerjaan. Sebagai orang dewasa, ibu bapa tidak seharusnya jadikan anak-anak mereka sebagai tempat lepaskan kemarahan  ataupun tekanan.

“Anak-anak tidak patut dipersalahkan sehingga mengundang kes penderaan kanak-kanak. Sekiranya ada masalah ibu bapa boleh hubungi talian kasih yang beroperasi 24 jam,” katanya yang dipetik daripada laporan Kosmo, 8 Julai 2021.

Untuk info, Talian Kasih adalah talian perihatin masyarakat yang boleh diakses orang awam melalui dua saluran iaitu menerusi talian bebas tol 15999 dan aplikasi WhatsApp 019-2615999.

Skop perkhidmatan Talian Kasih merangkumi aspek berkaitan penderaan, kaunseling, perlindungan, kebajikan, talian kanak-kanak, pembuangan bayi, perkhidmatan kesihatan reproduktif serta masalah sosial remaja. - KitaReporters


0
0
0
0
0
You will be interested

Berita Terkini| Suntikan vaksin guna picagari kosong! Penyuntik tersilap! CITF-A pohon maaf!

Proses vaksinasi ke atas seorang remaja berusia 12 tahun gunakan picagari kosong berpunca akibat petugas kesihatan tersilap ambil picagari masih belum digunakan

News Editor 2 in Berita Terkini 2 years ago

Berita Terkini| Sesi persekolahan bermula di 3 negeri! Libatkan pelajar SPM, STPM,PPKI dan MBK!

SESI persekolahan secara bersemuka bermula di Terengganu, Kelantan dan Langkawi, Kedah hari ini, selepas enam bulan sekolah di seluruh negara ditutup
News Editor 1 in Berita Terkini 2 years ago

Berita Terkini| 69 kampung orang Asli Pahang terima Internet|Pelaksanaan projek bermula minggu ini!

SEBANYAK 69 kampung orang asli seluruh Pahang bakal menjalani kehidupan lebih se
News Editor 1 in Berita Terkini 2 years ago

Berita Terkini| Pesakit Covid-19 mahu lari tapi terperangkap! Nasib baik diselamat pasukan bomba!

TINDAKAN seorang pesakit COVID-19 yang cuba melarikan diri bertukar cemas apabila terperangkap di tingkat satu Hospital Keningau, Sabah, awal pagi Ahad.
News Editor 1 in Berita Terkini 2 years ago

Berita Terkini| SPRM perlu kaedah baharu cegah rasuah! Tangani ketirisan libatkan dana kerajaan!

PENDEKATAN penguatkuasaan undang-undang mencegah rasuah perlu selaras dengan peredaran masa, pembangunan negara, perkembangan ekonomi dan politik
News Editor 1 in Berita Terkini 2 years ago