Berita Terkini 15 Aug, 2021

Berita Terkini| 'Jerat pekerjaan' dalam media sosial! Tawaran iklan kerja! Janjikan keuntungan!

@news editor 2
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke [email protected]

Share this

Gambar hiasan... Orang ramai perlu lebih berhati-hati dengan tawaran pekerjaan yang diiklankan dalam media sosial. - Kredit foto: jambi.tribunnews.com


POLIS Seberang Perai Utara (SPU) telah menerima sebanyak lima kes ‘jerat pekerjaan’ sejak awal tahun 2021 ini berkaitan penipuan tawaran pekerjaan yang diiklankan menerusi laman sosial.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU), Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata

jumlah keseluruhan kerugian dialami semua mangsa terlibat dengan kes-kes tersebut adalah sebanyak RM59,328.

“Terbaharu pada 14 Ogos 2021 melibatkan dua penuntut universiti yang kerugian RM27,545 setelah terjerat dalam penipuan sindiket yang menawarkan pekerjaan sambilan di sebuah platform e-dagang popular.

“Mangsa lelaki berusia 21 tahun dan perempuan berusia 23 tahun itu masing-masing kerugian RM21,450 serta RM6,095. Setelah melihat tawaran iklan dalam media sosial mereka kemudiannya menekan satu pautan dalam Facebook.

“Kemudiannya nombor telefon mereka dimasukkan ke dalam satu kumpulan aplikasi sosial WhatsApp dan diberikan penerangan tentang pekerjaan yang perlu dilakukan sebagai ejen pembelian dalam talian serta keuntungan diterima,” katanya dipetik daripada laporan Utusan Malaysia, 15 Ogos 2021.

Tambah beliau, mangsa menyedari ditipu selepas tidak lagi menerima wang keuntungan seperti dijanjikan walaupun telah membuat pembayaran barangan dalam tugasan yang dibuat lalu kemudiannya membuat laporan polis.

Ujar Noorzainy lagi, kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu dan orang ramai dinasihatkan tidak mudah percaya dengan tawaran peluang pekerjaan sambilan melalui media sosial dengan meminta wang bayaran kerana ia merupakan modus operandi sindiket penipuan. - KitaReporters


0
0
0
0
0
You will be interested

Berita Terkini| Suntikan vaksin guna picagari kosong! Penyuntik tersilap! CITF-A pohon maaf!

Proses vaksinasi ke atas seorang remaja berusia 12 tahun gunakan picagari kosong berpunca akibat petugas kesihatan tersilap ambil picagari masih belum digunakan

News Editor 2 in Berita Terkini 3 years ago

Berita Terkini| Sesi persekolahan bermula di 3 negeri! Libatkan pelajar SPM, STPM,PPKI dan MBK!

SESI persekolahan secara bersemuka bermula di Terengganu, Kelantan dan Langkawi, Kedah hari ini, selepas enam bulan sekolah di seluruh negara ditutup
News Editor 1 in Berita Terkini 3 years ago

Berita Terkini| 69 kampung orang Asli Pahang terima Internet|Pelaksanaan projek bermula minggu ini!

SEBANYAK 69 kampung orang asli seluruh Pahang bakal menjalani kehidupan lebih se
News Editor 1 in Berita Terkini 3 years ago

Berita Terkini| Pesakit Covid-19 mahu lari tapi terperangkap! Nasib baik diselamat pasukan bomba!

TINDAKAN seorang pesakit COVID-19 yang cuba melarikan diri bertukar cemas apabila terperangkap di tingkat satu Hospital Keningau, Sabah, awal pagi Ahad.
News Editor 1 in Berita Terkini 3 years ago

Berita Terkini| SPRM perlu kaedah baharu cegah rasuah! Tangani ketirisan libatkan dana kerajaan!

PENDEKATAN penguatkuasaan undang-undang mencegah rasuah perlu selaras dengan peredaran masa, pembangunan negara, perkembangan ekonomi dan politik
News Editor 1 in Berita Terkini 3 years ago