Berita Terkini 09 Aug, 2021

Berita Terkini| Penyanyi Siti Sarah meninggal dunia akibat Covid-19! 6 Ogos 2021 lahirkan bayi!

@news editor 2
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke [email protected]

Share this

Siti Sarah, Shuib dan tiga anak mereka positif covid-19 pada 25 Julai 2021


PENYANYI popular tanah air, Siti Sarah Raissuddin, 36, menghembuskan nafas terakhir jam 5.13 pagi pada 9 Ogos 2021 akibat Covid-19.

Siti Sarah meninggal dunia di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia setelah dimasukkan ke hospital pada Rabu, 4 Ogos 2021 selepas alami masalah tahap oksigen menurun.

Isteri kepada pelawak, Shuib ini terpaksa ditidurkan dan telah menjalani pembedahan pada 6 Ogos 2021 bagi menyelamatkan bayi lelaki berusia lapan bulan dalam kandungannya yang dinamakan Ayash Affan.

Memetik laporan Utusan Malaysia pada 9 Ogos 2021, berita duka itu disampaikan oleh pihak pengurusan penyanyi yang popular dengan lagu Kesetiaan dan Semakin, Indigital Music melalui satu kenyataan.

“Dengan berat hati dan berdukacita, kami ingin memaklumkan bahawa Siti Sarah Raissuddin telah meninggal dunia pukul 5.13 pagi di HUKM.

“Terima kasih kepada semua yang tidak putus-putus memberikan doa serta sokongan kepadanya sejak dimasukkan ke hospital beberapa hari yang lalu.

“Sebarang maklumat lanjut akan disalurkan dari semasa ke semasa. Al-Fatihah,” kata kenyataan itu.

Siti Sarah, Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad, 37, dan tiga anak mereka positif Covid-19 pada 25 Julai 2021 lalu.

Pasangan bahagia ini melayari bahtera perkahwinan pada Februari 2011 dan empat cahaya mata iaitu Uwais Alqarni,10; Dzahira Talita Zahra, 8; Ariq Matin, 6; serta termasuk bayi lelaki, Ayash Affan, yang tidak sempat ditatapnya. - KitaReporters


0
0
6
0
0
You will be interested

Berita Terkini| Suntikan vaksin guna picagari kosong! Penyuntik tersilap! CITF-A pohon maaf!

Proses vaksinasi ke atas seorang remaja berusia 12 tahun gunakan picagari kosong berpunca akibat petugas kesihatan tersilap ambil picagari masih belum digunakan

News Editor 2 in Berita Terkini 3 years ago

Berita Terkini| Sesi persekolahan bermula di 3 negeri! Libatkan pelajar SPM, STPM,PPKI dan MBK!

SESI persekolahan secara bersemuka bermula di Terengganu, Kelantan dan Langkawi, Kedah hari ini, selepas enam bulan sekolah di seluruh negara ditutup
News Editor 1 in Berita Terkini 3 years ago

Berita Terkini| 69 kampung orang Asli Pahang terima Internet|Pelaksanaan projek bermula minggu ini!

SEBANYAK 69 kampung orang asli seluruh Pahang bakal menjalani kehidupan lebih se
News Editor 1 in Berita Terkini 3 years ago

Berita Terkini| Pesakit Covid-19 mahu lari tapi terperangkap! Nasib baik diselamat pasukan bomba!

TINDAKAN seorang pesakit COVID-19 yang cuba melarikan diri bertukar cemas apabila terperangkap di tingkat satu Hospital Keningau, Sabah, awal pagi Ahad.
News Editor 1 in Berita Terkini 3 years ago

Berita Terkini| SPRM perlu kaedah baharu cegah rasuah! Tangani ketirisan libatkan dana kerajaan!

PENDEKATAN penguatkuasaan undang-undang mencegah rasuah perlu selaras dengan peredaran masa, pembangunan negara, perkembangan ekonomi dan politik
News Editor 1 in Berita Terkini 3 years ago