Berita Terkini 09 Sep, 2021

Berita Terkini| MOSTI sasar 5 syarikat 'unicorn' tempatan dilahirkan! Dalam tempoh 5 tahun ini!

@news editor 1
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke editor@reporters.com

Share this


KEMENTERIAN Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) menyasarkan lima syarikat 'unicorn', dibangunkan oleh usahawan pemula atau 'startup' persendirian, dapat dilahirkan dalam negara ini dalam tempoh lima tahun akan datang.

Unicorn adalah terma merujuk syarikat pemula persendirian yang mempunyai nilai lebih AS$1 bilion (RM4.15 bilion). Terma ini dipopularkan oleh Aileen Lee, pengasas Cowboy Ventures, iaitu firma pelaburan terkenal berpangkalan di California, Amerika Syarikat yang memberi dana kepada syarikat pemula.

Menterinya Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, kejayaan Carsome Malaysia yang menjadi syarikat 'unicorn' pertama di Malaysia membuktikan negara mempunyai bakat muda yang hebat serta kreatif.

Katanya, usahawan pemula di negara ini seharusnya mengambil peluang pembiayaan yang disediakan oleh Malaysia Venture Capital Management Berhad (MAVCAP), iaitu sebuah agensi modal teroka di bawah MOSTI.

"Carsome Malaysia harus dijadikan contoh kepada usahawan pemula tempatan di negara ini supaya berusaha gigih dan memanfaatkan teknologi dan inovasi dalam bidang keusahawanan.

"Saya mahu melihat lebih banyak syarikat 'unicorn' dihasilkan di negara ini dan mengambil peluang melalui MAVCAP yang menyediakan pembiayaan. MAVCAP mempunyai peranan penting untuk membawa syarikat pemula ini berkembang pada peringkat antarabangsa.

"MAVCAP perlu lahirkan lebih banyak syarikat 'unicorn' dalam kalangan usahawan tempatan seterusnya mampu menyumbang semula kepada masyarakat dengan mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan, peluang mencapai dan membiayai teknologi serta ekonomi dan memberi pulangan kepada negara," katanya seperti dipetik oleh Berita Harian hari ini, 9 September 2021. - KitaReporters


 

.

11
9
0
10
0
You will be interested

Berita Terkini| Suntikan vaksin guna picagari kosong! Penyuntik tersilap! CITF-A pohon maaf!

Proses vaksinasi ke atas seorang remaja berusia 12 tahun gunakan picagari kosong berpunca akibat petugas kesihatan tersilap ambil picagari masih belum digunakan

News Editor 2 in Berita Terkini 2 years ago

Berita Terkini| Sesi persekolahan bermula di 3 negeri! Libatkan pelajar SPM, STPM,PPKI dan MBK!

SESI persekolahan secara bersemuka bermula di Terengganu, Kelantan dan Langkawi, Kedah hari ini, selepas enam bulan sekolah di seluruh negara ditutup
News Editor 1 in Berita Terkini 2 years ago

Berita Terkini| 69 kampung orang Asli Pahang terima Internet|Pelaksanaan projek bermula minggu ini!

SEBANYAK 69 kampung orang asli seluruh Pahang bakal menjalani kehidupan lebih se
News Editor 1 in Berita Terkini 2 years ago

Berita Terkini| Pesakit Covid-19 mahu lari tapi terperangkap! Nasib baik diselamat pasukan bomba!

TINDAKAN seorang pesakit COVID-19 yang cuba melarikan diri bertukar cemas apabila terperangkap di tingkat satu Hospital Keningau, Sabah, awal pagi Ahad.
News Editor 1 in Berita Terkini 2 years ago

Berita Terkini| SPRM perlu kaedah baharu cegah rasuah! Tangani ketirisan libatkan dana kerajaan!

PENDEKATAN penguatkuasaan undang-undang mencegah rasuah perlu selaras dengan peredaran masa, pembangunan negara, perkembangan ekonomi dan politik
News Editor 1 in Berita Terkini 2 years ago