Berita Terkini 18 Aug, 2021

Berita Terkini| Pelbagai tawaran pakej khas industri telekomunikasi! Sempena Hari Kebangsaan!

@news editor 1
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke [email protected]

Share this


PIHAK industri telekomunikasi dan penyiaran menyediakan beberapa tambahan nilai pakej untuk kemudahan rakyat sempena sambutan Hari Kebangsaan yang akan disambut hujung bulan ini.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) memaklumkan pihaknya bersama dengan industri sentiasa prihatin dengan situasi semasa, dan berganding bahu dalam memastikan wujud keseimbangan antara melindungi nyawa dan kelangsungan hidup rakyat.

Pakej yang disediakan termasuk Tawaran Pakej Peranti RM1 Malaysia Prihatin bagi membolehkan semua rakyat Malaysia memiliki atau menaik taraf pelbagai peranti mudah alih yang menyokong 4G dan VoLTE bermula dengan RM1.

"Syarikat telekomunikasi yang akan mengambil bahagian dalam menyediakan pakej ini adalah Celcom, Digi, Maxis, Telekom Malaysia, U Mobile and YTL.

"Selain itu pemberian data harian sebanyak 1GB oleh Celcom, Digi, Maxis, U Mobile dan Telekom Malaysia secara percuma kepada semua pengguna perkhidmatan dilanjutkan sehingga 31 Disember 2021 ini,” katanya dalam kenyataan di Kuala Lumpur pada Rabu, 18 Ogos 2021.

Selain itu katanya inisiatif Learn From Home (LFH) oleh pihak YTL dalam menyokong sistem pendidikan pula, turut akan dilanjutkan sehingga 31 Disember juga.

Bagi pakej Jaringan Prihatin untuk golongan berpendapatan 40 peratus terendah (B40) pula akan dilanjutkan sehingga 30 September 2021 ini.

SKMM dalam pada itu berkata, pakej yang ditawarkan itu dijangka memberi kemudahan dan manfaat kepada rakyat untuk menghadapi perubahan norma baharu dalam pendidikan, pekerjaan dan banyak lagi. - KitaReporters


1
0
0
0
0
You will be interested

Berita Terkini| Suntikan vaksin guna picagari kosong! Penyuntik tersilap! CITF-A pohon maaf!

Proses vaksinasi ke atas seorang remaja berusia 12 tahun gunakan picagari kosong berpunca akibat petugas kesihatan tersilap ambil picagari masih belum digunakan

News Editor 2 in Berita Terkini 3 years ago

Berita Terkini| Sesi persekolahan bermula di 3 negeri! Libatkan pelajar SPM, STPM,PPKI dan MBK!

SESI persekolahan secara bersemuka bermula di Terengganu, Kelantan dan Langkawi, Kedah hari ini, selepas enam bulan sekolah di seluruh negara ditutup
News Editor 1 in Berita Terkini 3 years ago

Berita Terkini| 69 kampung orang Asli Pahang terima Internet|Pelaksanaan projek bermula minggu ini!

SEBANYAK 69 kampung orang asli seluruh Pahang bakal menjalani kehidupan lebih se
News Editor 1 in Berita Terkini 3 years ago

Berita Terkini| Pesakit Covid-19 mahu lari tapi terperangkap! Nasib baik diselamat pasukan bomba!

TINDAKAN seorang pesakit COVID-19 yang cuba melarikan diri bertukar cemas apabila terperangkap di tingkat satu Hospital Keningau, Sabah, awal pagi Ahad.
News Editor 1 in Berita Terkini 3 years ago

Berita Terkini| SPRM perlu kaedah baharu cegah rasuah! Tangani ketirisan libatkan dana kerajaan!

PENDEKATAN penguatkuasaan undang-undang mencegah rasuah perlu selaras dengan peredaran masa, pembangunan negara, perkembangan ekonomi dan politik
News Editor 1 in Berita Terkini 3 years ago