Berita Terkini 25 Aug, 2021

Berita Terkini| Bencana kepala air: Kerja bersih lumpur, sisa pokok kayu! Perlukan masa sebulan!

@news editor 2
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke [email protected]

Share this

Selain kemusnahan harta benda, tragedi kepala air juga menyebabkan rumah penduduk di Yan, Kedah dipenuhi banjir lumpur. - Kredit foto: FB Ebit Lew


KERJA-KERJA pascabencana kepala air seperti pembersihan banjir lumpur dan sisa pokok kayu hanyut  di beberapa kampung terlibat di Yan, Kedah dijangka dapat diselesaikan dalam tempoh sebulan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Guar Chempedak, Datuk Ku Rahman Ku Ismail berkata kerja-kerja pembersihan di bahagian dalam rumah penduduk terlibat yang turut dibantu oleh sukarelawan telah mencapai sehingga 95 peratus.

“Penduduk terjejas masih meneruskan aktiviti membersih rumah dan pekarangan kediaman yang dipenuhi lumpur. Keadaan di sekitar luar rumah dan di kawasan lain yang terlibat belum dapat dibersihkan sepenuhnya lagi.

“Masih terdapat banyak longgokan lumpuh serta batang pokok hanyut yang perlu dipindahkan ke tempat pembuangan. Kerja pembersihan berskala besar dijangka dapat diselesaikan dalam tempoh sebulan bergantung keaadan cuaca.

“Pekan Yan juga semakin pulih, peniaga sudah dapat kembali membuka kedai, cuma masih ada sampah yang belum dikutip. Kita jangka pihak berkuasa tempatan dapat selesaikannya dalam tempoh terdekat ini,” katanya dipetik daripada laporan Berita Harian, 25 Ogos 2021.

Dalam kejadian seperti tsunami pada 18 Ogos 2021 itu, kira-kira 800 keluarga di daerah Yan antaranya di Kampung Setol, Kampung Permatang Keramat, Titi Hayun dan Batu Hampar terjejas akibat dilanda kepala air dan banjir lumpur. - KitaReporters 


0
1
0
0
0
You will be interested

Berita Terkini| Suntikan vaksin guna picagari kosong! Penyuntik tersilap! CITF-A pohon maaf!

Proses vaksinasi ke atas seorang remaja berusia 12 tahun gunakan picagari kosong berpunca akibat petugas kesihatan tersilap ambil picagari masih belum digunakan

News Editor 2 in Berita Terkini 3 years ago

Berita Terkini| Sesi persekolahan bermula di 3 negeri! Libatkan pelajar SPM, STPM,PPKI dan MBK!

SESI persekolahan secara bersemuka bermula di Terengganu, Kelantan dan Langkawi, Kedah hari ini, selepas enam bulan sekolah di seluruh negara ditutup
News Editor 1 in Berita Terkini 3 years ago

Berita Terkini| 69 kampung orang Asli Pahang terima Internet|Pelaksanaan projek bermula minggu ini!

SEBANYAK 69 kampung orang asli seluruh Pahang bakal menjalani kehidupan lebih se
News Editor 1 in Berita Terkini 3 years ago

Berita Terkini| Pesakit Covid-19 mahu lari tapi terperangkap! Nasib baik diselamat pasukan bomba!

TINDAKAN seorang pesakit COVID-19 yang cuba melarikan diri bertukar cemas apabila terperangkap di tingkat satu Hospital Keningau, Sabah, awal pagi Ahad.
News Editor 1 in Berita Terkini 3 years ago

Berita Terkini| SPRM perlu kaedah baharu cegah rasuah! Tangani ketirisan libatkan dana kerajaan!

PENDEKATAN penguatkuasaan undang-undang mencegah rasuah perlu selaras dengan peredaran masa, pembangunan negara, perkembangan ekonomi dan politik
News Editor 1 in Berita Terkini 3 years ago