Berita Terkini 14 Jul, 2021

Berita Terkini! Harga durian di Terengganu dijangka turun Ogos 2021! RM3 sekilo! Buah banyak!

@news editor 2
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke editor@kitareporters.com

Share this

Gambar hiasan... Harga durian di Terengganu dijangka turun awal Ogos 2021. - Kredit foto: Bernama


LEMBAGA Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) Terengganu jangkakan harga durian di negeri berkenaan menurun sehingga RM3 sekilogram bermula awal Ogos 2021 ini susulan banyak kebun mula keluarkan hasil.

Pengarah Fama Terengganu, Che Ghani Che Wan berkata pihaknya sasarkan sebanyak 7,080 tan hasil pengeluaran durian di negeri tersebut sehingga  September 2021.

“Sekarang ini sudah bermula musim durian gugur di Besut serta beberapa kawasan di Kuala Nerus dan Kuala Terengganu. Pada awal Ogos 2021 ini, dijangka semua dusun serta kebun durian di setiap daerah akan keluarkan hasil.

“Pengeluaran serentak ini menyebabkan harga durian di kebun dijangka akan menurun daripada RM6 sekilogram kepada RM3 sekilogram. Durian boleh dibeli dengan harga rendah berbanding sekarang selepas kebun di negeri ini keluarkan hasil dan dijual.

“Jika harga durian di kebun terlalu rendah nanti, Fama akan turut bantu pasarkan raja buah ini ke kawasan punyai permintaan tinggi agar tidak berlaku lambakan durian di Terengganu,” katanya yang dipetik laporan Harian Metro pada 14 Julai 2021.

Katanya lagi, harga durian buat masa ini agak mahal kerana kebanyakannya diambil dari luar Terengganu dan penjual tentunya ambil kira kos pengangkutan mereka selain durian dijual ialah durian klon yang memang berharga tinggi berbanding durian kampung. KitaReporters


 

3
1
0
2
0
You will be interested

Berita Terkini| Suntikan vaksin guna picagari kosong! Penyuntik tersilap! CITF-A pohon maaf!

Proses vaksinasi ke atas seorang remaja berusia 12 tahun gunakan picagari kosong berpunca akibat petugas kesihatan tersilap ambil picagari masih belum digunakan

News Editor 2 in Berita Terkini 3 years ago

Berita Terkini| Sesi persekolahan bermula di 3 negeri! Libatkan pelajar SPM, STPM,PPKI dan MBK!

SESI persekolahan secara bersemuka bermula di Terengganu, Kelantan dan Langkawi, Kedah hari ini, selepas enam bulan sekolah di seluruh negara ditutup
News Editor 1 in Berita Terkini 3 years ago

Berita Terkini| 69 kampung orang Asli Pahang terima Internet|Pelaksanaan projek bermula minggu ini!

SEBANYAK 69 kampung orang asli seluruh Pahang bakal menjalani kehidupan lebih se
News Editor 1 in Berita Terkini 3 years ago

Berita Terkini| Pesakit Covid-19 mahu lari tapi terperangkap! Nasib baik diselamat pasukan bomba!

TINDAKAN seorang pesakit COVID-19 yang cuba melarikan diri bertukar cemas apabila terperangkap di tingkat satu Hospital Keningau, Sabah, awal pagi Ahad.
News Editor 1 in Berita Terkini 3 years ago

Berita Terkini| SPRM perlu kaedah baharu cegah rasuah! Tangani ketirisan libatkan dana kerajaan!

PENDEKATAN penguatkuasaan undang-undang mencegah rasuah perlu selaras dengan peredaran masa, pembangunan negara, perkembangan ekonomi dan politik
News Editor 1 in Berita Terkini 3 years ago