Berita Terkini 21 Jul, 2021

Berita Terkini| Ziarah kubur masa Aidiladha bersama 2 anak buah! Remaja 21 tahun dikompaun RM2k!

@news editor 1
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke [email protected]

Share this


SEORANG remaja dikompaun RM2,000 kerana melanggar melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) apabila menziarahi kubur pada Hari Raya Aidiladha, Selasa, 20 Julai 2021.

Ketua Polis Daerah Jempol Superintendan Hoo Chang Hook berkata, remaja berusia 21 tahun itu ditahan oleh pasukan khas pematuhan SOP Pelan Pemulihan Negara (PPN) pada 11.40 pagi di Tanah Perkuburan Islam Felda Palong 12 dan 13.

Menurutnya, polis mendapati remaja berkenaan menziarahi tanah perkuburan itu bersama dua kanak-kanak iaitu anak saudaranya masing-masing iaitu perempuan berusia tiga tahun dan lelaki berusia lima tahun. 

"Berikutan menziarah tanah perkuburan tidak dibenarkan, lelaki itu dikenakan kompaun kerana gagal mematuhi SOP yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN)," katanya seperti dipetik oleh Harian Metro pada 21 Julai 2021.

Katanya kompaun dikeluarkan mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988. 

Sehubungan itu, Chang Hook menasihati orang ramai supaya mematuhi semua SOP ditetapkan termasuk tidak melakukan aktiviti ziarah kubur dan berkunjung dari rumah ke rumah sepanjang Aidiladha ini. - KitaReporters


SEORANG remaja dikenakan kompaun sebanyak RM2,000 kerana didapati melanggar SOP selepas menziarahi kubur di Felda Palong 12 dan 13 dekat Jempol pada Hari Raya Aidiladha, Selasa 20 Julai 2021. - IHSAN PDRM


5
1
6
2
17
You will be interested

Berita Terkini| Suntikan vaksin guna picagari kosong! Penyuntik tersilap! CITF-A pohon maaf!

Proses vaksinasi ke atas seorang remaja berusia 12 tahun gunakan picagari kosong berpunca akibat petugas kesihatan tersilap ambil picagari masih belum digunakan

News Editor 2 in Berita Terkini 3 years ago

Berita Terkini| Sesi persekolahan bermula di 3 negeri! Libatkan pelajar SPM, STPM,PPKI dan MBK!

SESI persekolahan secara bersemuka bermula di Terengganu, Kelantan dan Langkawi, Kedah hari ini, selepas enam bulan sekolah di seluruh negara ditutup
News Editor 1 in Berita Terkini 3 years ago

Berita Terkini| 69 kampung orang Asli Pahang terima Internet|Pelaksanaan projek bermula minggu ini!

SEBANYAK 69 kampung orang asli seluruh Pahang bakal menjalani kehidupan lebih se
News Editor 1 in Berita Terkini 3 years ago

Berita Terkini| Pesakit Covid-19 mahu lari tapi terperangkap! Nasib baik diselamat pasukan bomba!

TINDAKAN seorang pesakit COVID-19 yang cuba melarikan diri bertukar cemas apabila terperangkap di tingkat satu Hospital Keningau, Sabah, awal pagi Ahad.
News Editor 1 in Berita Terkini 3 years ago

Berita Terkini| SPRM perlu kaedah baharu cegah rasuah! Tangani ketirisan libatkan dana kerajaan!

PENDEKATAN penguatkuasaan undang-undang mencegah rasuah perlu selaras dengan peredaran masa, pembangunan negara, perkembangan ekonomi dan politik
News Editor 1 in Berita Terkini 3 years ago