Mangsa wanita yang sesak nafas diberi rawatan awal setelah rumahnya di Kota Kemuning, Shah Alam terbakar pada 8 Ogos 2021.
SEPASANG suami isteri orang kurang upaya (OKU) kategori pekak dan bisu hanya mampu berlindung dalam tandas setelah rumah dua tingkat didiami mereka terbakar di Kota Kemuning, Shah Alam terbakar.
Dalam kejadian
8 Ogos 2021 itu, tindakan pantas anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Shah
Alam yang bergegas ke lokasi setelah mendapat panggilan kecemasan pada jam 4.17 pagi
berjaya menyelamatkan mangsa.
Pengarah
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata
kebakaran melibatkan rumah dua tingkat berkeluasan kira-kira 400 meter persegi
yang terbakar kira-kira 50 peratus di tingkat bawah.
“Ketika
kejadian, suami isteri berusia berusia
39 dan 31 tahun itu ditemui berlindung dalam tandas bagi menyelamatkan diri setelah
mereka dipercayai terperangkap hingga tidak dapat keluar rumah.
“Kedua-dua
mereka berjaya diselamatkan anggota namun mangsa wanita mengalami sesak nafas
dan diserahkan kepada pihak kesihatan untuk diberikan rawatan lanjut,” katanya
dipetik laporan Sinar Harian, 8 Ogos 2021.
Tambah Norazam,
punca dan jumlah kerugian sebenar masih dalam siasatan. - KitaReporters