Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin berkata, suntikan inokulasi, iaitu mereka yang belum dapat janji temu, belum daftar atau batalkan janji temu akan dimulakan secara berperingkat-peringkat. - Kredit foto: Sinar Harian
PEMBERIAN vaksin menggunakan pendekatan 'walk-in' atau jumpa terus di Lembah Klang akan berkuat kuasa 2 Ogos 2021 ini.
Menteri Penyelaras
Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin berkata,
suntikan inokulasi untuk mereka
yang belum dapat janji temu, belum daftar atau batalkan janji temu akan
dimulakan secara berperingkat-peringkat.
Tegas beliau mulai 2
Ogos 2021 keutamaan pemberian vaksin akan diberikan kepada individu berusia 40 tahun
ke atas dan yang mempunyai komorbiditi.
"Kita akan buka
(pemberian vaksin secara terus) mengikut kategori dahulu, justeru pada 2 Ogos,
kita akan menerima 'walk-in' untuk mereka yang berumur 40 tahun ke atas dan
golongan komorbidi.
"Manakala pada 5
Ogos pula, kita akan buka kepada semua, 18 tahun ke atas. Kaedah pelaksanaan
'walk-in' kita akan umumkan menerusi siaran media daripada Badan Bertindak
Imunisasi Covid-19 (CITF) dalam tempoh terdekat,” katanya seperti dipetik Berita Harian pada Sabtu, 31 Julai
2021.
Katanya lagi, bukan
semua Pusat Pemberian Vaksin (PPV) terima 'walk-in', sebaliknya akan dimaklumkan
senarai PPV dalam masa terdekat.
Kerajaan sebelum ini
melaksanakan Operasi Lonjakan Kapasiti di Lembah Klang bagi memastikan setiap
individu dewasa di kawasan yang disifatkan sebagai 'segi tiga emas' itu
mendapat sekurang-kurangnya satu suntikan dos vaksin, menjelang 1 Ogos 2021. - KitaReporters