IPK Negeri Sembilan turut menguruskan vaksinasi bagi mengurangkan risiko jangkitan Covid-19 dalam kalangan pegawai dan anggota polis termasuk ahli keluarga. - Kredit foto: FB Polis Negeri Sembilan
SERAMAI 512 orang pegawai dan anggota polis yang bertugas di Negeri Sembilan termasuk ahli keluarga dijangkiti Covid-19 sejak Januari hingga 10 Ogos 2021.
Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan, Senior Asisten Komisioner Datuk Che Zakaria Othman berkata, jumlah itu meningkat berbanding sebanyak 545 kes Covid-19 direkodkan sepanjang tahun 2020.
“Setakat ini (sehingga 10 Ogos 2021), sebanyak 512 kes Covid-19 dalam kalangan anggota polis termasuk ahli keluarga dikesan serta dikuarantin tahun ini (2021). Majoriti kes berada pada tahap satu dan dua.
“Kes tersebut turut menyebabkan dua kematian melibatkan seorang anggota polis dan ahli keluarga,” katanya dipetik daripada laporan Utusan Malaysia pada 11 Ogos 2021.
Jelas Che Zakaria, sebagai usaha kurangkan risiko jangkitan Covid-19 dalam kalangan pegawai dan anggotanya pihak Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri Sembilan turut sama menguruskan vaksinasi melibatkan ahli keluarga.
Katanya
lagi, tindakan diambil bukan hanya bagi pastikan pegawai dan anggota polis
divaksin tetapi juga ahli keluarga yang tinggal serumah. - KitaReporters