Berita Terkini 12 Sep, 2021

Berita Terkini| 6 mak nyah dicekup dipercayai ketika tunggu pelanggan! Op Pasar sekitar lorong!

@news editor 2
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke editor@kitareporters.com

Share this

Enam mak nyah termasuk lima lelaki warga asing ditahan dalam 'Op Pasar' di sekitar bandar raya Kuantan pada 11 September 2021. - Kredit foto: Sinar Harian


ENAM lelaki berpakaian wanita atau 'mak nyah' dipercayai terlibat aktiviti tidak bermoral dicekup dalam Op Pasar di sekitar lorong dan Jalan Wong Ah Jang, Kuantan pada 11 September 2021.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuantan, Superintendan Muhammed Rizal Kamarudin, berkata  suspek yang berusia di antara 30 hingga 35 tahun itu terdiri daripada seorang warga tempatan serta lima warga asing.

“Operasi bermula jam 3.30 petang hingga 7 malam membabitkan 30 pegawai dan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Pahang serta Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) hasil maklumat awam.

“Sewaktu operasi dijalankan, ada dalam kalangan suspek cuba melarikan diri ke bahagian bumbung bangunan namun berjaya ditahan dan tiada kecederaan dilaporkan.

“Mereka berpakaian menyerupai wanita, dipercayai sedang menunggu pelanggan di sekitar kawasan terbabit bagi jalankan aktiviti tidak bermoral,” katanya dipetik laporan Berita Harian bertarikh 12 September 2021.

Tambah beliau, siasatan awal mendapat  lelaki tempatan ditahan itu milik rekod lampau berkaitan berpakaian wanita (mak nyah).

Katanya lagi,  manakala lima warga asing berkenaan didapati tiada dokumen pengenalan diri dan tinggal melebihi tempoh di negara ini selain melakukan kesalahan berpakaian wanita.

“Kesemua suspek akan disiasat mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955. Suspek warga asing juga turut disiasat mengikut Seksyen 61 (1) (c) Akta Imigresen kerana tiada pas perjalanan dan Seksyen 15 (1)(c) iaitu tinggal melebihi tempoh.

“Kelima-lima suspek warga asing itu juga diserahkan kepada Jabatan Imigresen Malaysia untuk tindakan lanjut," ujarnya. - KitaReporters


9
10
0
11
0
You will be interested

Berita Terkini| Suntikan vaksin guna picagari kosong! Penyuntik tersilap! CITF-A pohon maaf!

Proses vaksinasi ke atas seorang remaja berusia 12 tahun gunakan picagari kosong berpunca akibat petugas kesihatan tersilap ambil picagari masih belum digunakan

News Editor 2 in Berita Terkini 2 years ago

Berita Terkini| Sesi persekolahan bermula di 3 negeri! Libatkan pelajar SPM, STPM,PPKI dan MBK!

SESI persekolahan secara bersemuka bermula di Terengganu, Kelantan dan Langkawi, Kedah hari ini, selepas enam bulan sekolah di seluruh negara ditutup
News Editor 1 in Berita Terkini 2 years ago

Berita Terkini| 69 kampung orang Asli Pahang terima Internet|Pelaksanaan projek bermula minggu ini!

SEBANYAK 69 kampung orang asli seluruh Pahang bakal menjalani kehidupan lebih se
News Editor 1 in Berita Terkini 2 years ago

Berita Terkini| Pesakit Covid-19 mahu lari tapi terperangkap! Nasib baik diselamat pasukan bomba!

TINDAKAN seorang pesakit COVID-19 yang cuba melarikan diri bertukar cemas apabila terperangkap di tingkat satu Hospital Keningau, Sabah, awal pagi Ahad.
News Editor 1 in Berita Terkini 2 years ago

Berita Terkini| SPRM perlu kaedah baharu cegah rasuah! Tangani ketirisan libatkan dana kerajaan!

PENDEKATAN penguatkuasaan undang-undang mencegah rasuah perlu selaras dengan peredaran masa, pembangunan negara, perkembangan ekonomi dan politik
News Editor 1 in Berita Terkini 2 years ago