Berita Terkini 02 Jul, 2021

Berita Terkini| Malaysia tak terjejas fenomena cuaca panas! Gelombang haba di Kanada, Amerika!

@news editor 2
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke editor@kitareporters.com

Share this

Gambar hiasan... Kanada kini sedang mengalami fenomena cuaca panas antara  47.9 hingga 56.6 darjah celsius. - Kredit foto: www.sharery.blogspot.com


FENOMENA cuaca panas dan gelombang haba yang sedang dialami di Kanada serta barat laut Amerika Syarikat buat masa ini tidak akan memberi kesan terjejas kepada Malaysia.

Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), Jailan Simon berkata negara kini berada pada pertengahan fasa Monsun Barat Daya yang dijangka berakhir pada September 2021.

“Oleh itu, dalam tempoh ini negara akan alami suhu yang lebih rendah daripada biasa pada Julai 2021 kerana cuaca lebih lembap serta hujan lebih banyak berbanding biasa.

“Keadaan ini disebabkan peralihan daripada fasa La Nina kepada fasa El Nino Southern Oscillation (ENSO) Neutral. Malaysia juga dijangka mengalami taburan hujan normal mulai Ogos.

“Tiada suhu luar biasa panas dijangka akan berlaku di Malaysia pada tahun 2021 ini selain tiada kejadian jerebu rentas sempadan  yang serius berlaku dalam tempoh terdekat ini,” katanya dipetik laporan Bernama, Jumaat, 2 Julai 2021.

Tambah Jailan, rakyat Malaysia tidak perlu risau dengan cuaca panas dan gelombang haba sedang dialami di Kanada serta Amerika Syarikat, yang merekodkan suhu sehingga 47.9 dan 56.6 darjah celsius.

Katanya lagi, orang ramai dinasihatkan sentiasa peka dengan perubahan cuaca serta dapatkan maklumat, amaran cuaca terkini melalui laman web, aplikasi mobil myCuaca, media sosial dan talian hotline MetMalaysia bagi sebarang pertanyaan lanjut. - KitaReporters


0
0
0
0
0
You will be interested

Berita Terkini| Suntikan vaksin guna picagari kosong! Penyuntik tersilap! CITF-A pohon maaf!

Proses vaksinasi ke atas seorang remaja berusia 12 tahun gunakan picagari kosong berpunca akibat petugas kesihatan tersilap ambil picagari masih belum digunakan

News Editor 2 in Berita Terkini 2 years ago

Berita Terkini| Sesi persekolahan bermula di 3 negeri! Libatkan pelajar SPM, STPM,PPKI dan MBK!

SESI persekolahan secara bersemuka bermula di Terengganu, Kelantan dan Langkawi, Kedah hari ini, selepas enam bulan sekolah di seluruh negara ditutup
News Editor 1 in Berita Terkini 2 years ago

Berita Terkini| 69 kampung orang Asli Pahang terima Internet|Pelaksanaan projek bermula minggu ini!

SEBANYAK 69 kampung orang asli seluruh Pahang bakal menjalani kehidupan lebih se
News Editor 1 in Berita Terkini 2 years ago

Berita Terkini| Pesakit Covid-19 mahu lari tapi terperangkap! Nasib baik diselamat pasukan bomba!

TINDAKAN seorang pesakit COVID-19 yang cuba melarikan diri bertukar cemas apabila terperangkap di tingkat satu Hospital Keningau, Sabah, awal pagi Ahad.
News Editor 1 in Berita Terkini 2 years ago

Berita Terkini| SPRM perlu kaedah baharu cegah rasuah! Tangani ketirisan libatkan dana kerajaan!

PENDEKATAN penguatkuasaan undang-undang mencegah rasuah perlu selaras dengan peredaran masa, pembangunan negara, perkembangan ekonomi dan politik
News Editor 1 in Berita Terkini 2 years ago