Seorang ahli perniagaan berusia 58 tahun ditemukan mati
tergantung di sebuah rumah di Taman Putra, Ampang, Selangor dipercayai akibat
tertekan setelah syarikatnya mengalami kerugian besar.
Dalam kejadian kira-kira jam 1.45 petang pada 9 Julai 2021 itu, kejadian hanya disedari isterinya baharu pulang ke rumah selepas keluar membeli barangan keperluan.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata ketika kejadian anak bongsunya yang berusia 26 tahun berada di dalam sebuah bilik di rumah tersebut dan tidak menyedarinya.
“Mangsa ditemukan dalam keadaan tergantung di bawah kipas di dalam bilik tidur tingkat bawah rumah tersebut. Siasatan awal mendapati mangsa alami kemurungan dan pernah dapatkan rawatan di hospital swasta.
“Syarikat milik mangsa alami masalah kewangan teruk sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan dan terpaksa ditutup pengoperasiannya,” katanya yang dipetik laporan Utusan Malaysia pada 10 Julai 2021.
Tambah beliau, mayat mangsa dibawa ke Hospital Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) untuk tindakan lanjut dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).
Katanya lagi, berdasarkan rekod, mangsa juga sudah
menerima dos pertama suntikan vaksin Covid-19 pada 14 Jun 2021
lalu. - KitaReporters