Berita Terkini 20 Aug, 2021

Berita Terkini| 200k dos vaksin CanSino ditempah tiba di KLIA! Datang dalam bentuk produk siap!

@news editor 1
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke [email protected]

Share this

VAKSIN yang ditempah tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Subang pada jam 7.50 pagi, 20 Ogos 2021 dengan penerbangan MAS Kargo menggunakan pesawat MH361 dari Beijing, China.


MALAYSIA akan memulakan pemberian vaksin satu dos apabila menerima sejumlah 200,000 dos vaksin CanSino daripada pembekal CanSino Biologics, China pada Jumaat, 20 Ogos 2021.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, vaksin itu tiba dalam bentuk produk siap (finished product).

"Sebanyak 3.5 juta dos vaksin CanSino sudah ditempah dengan penghantaran berperingkat-peringkat. Ini juga adalah vaksin Covid-19 satu dos yang pertama di Malaysia," katanya seperti dipetik Berita Harian pada Jumaat, 20 Ogos 2021.

Setakat ini, profil vaksin melalui Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) yang dimulakan Februari lalu membabitkan vaksin keluaran Pfizer-BioNTech (Cominarty), Sinovac (CoronaVac) dan AstraZeneca, manakala satu lagi vaksin iaitu Johnson & Johnson juga sudah mendapat kelulusan bersyarat.

Sementara itu, ketibaan vaksin berkenaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada jam 7.50 pagi dengan penerbangan MAS Kargo menggunakan pesawat MH361 dari Beijing, China disambut oleh Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Datuk Dr Siti Hamisah Tapsir; Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan (KKM), Datuk Mohd Shafiq Abdullah dan Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan Teknologi) MOSTI, Dr Mohd Nor Azman Hassan.

Ketibaan vaksin berkenaan dilihat bakal memudahkan pemberian vaksin terutama di kawasan yang rendah akses dan seterusnya membantu Malaysia mencapai sasaran imuniti kelompok seperti yang disasarkan dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN) mengikut garis masa yang ditetapkan.

Pada 15 Jun 2021 lalu, Dr. Noor Hisham Abdullah mengumumkan, Malaysia telah memberikan kebenaran bersyarat terhadap dua jenis vaksin Covid-19 yang hanya memerlukan satu dos suntikan sahaja. - KitaReporters


Vaksin berdos tunggal CanSino bakal diberikan kepada gelandangan, banduan dan individu dalam tahanan imigresen.

1
0
0
0
0
You will be interested

Berita Terkini| Suntikan vaksin guna picagari kosong! Penyuntik tersilap! CITF-A pohon maaf!

Proses vaksinasi ke atas seorang remaja berusia 12 tahun gunakan picagari kosong berpunca akibat petugas kesihatan tersilap ambil picagari masih belum digunakan

News Editor 2 in Berita Terkini 3 years ago

Berita Terkini| Sesi persekolahan bermula di 3 negeri! Libatkan pelajar SPM, STPM,PPKI dan MBK!

SESI persekolahan secara bersemuka bermula di Terengganu, Kelantan dan Langkawi, Kedah hari ini, selepas enam bulan sekolah di seluruh negara ditutup
News Editor 1 in Berita Terkini 3 years ago

Berita Terkini| 69 kampung orang Asli Pahang terima Internet|Pelaksanaan projek bermula minggu ini!

SEBANYAK 69 kampung orang asli seluruh Pahang bakal menjalani kehidupan lebih se
News Editor 1 in Berita Terkini 3 years ago

Berita Terkini| Pesakit Covid-19 mahu lari tapi terperangkap! Nasib baik diselamat pasukan bomba!

TINDAKAN seorang pesakit COVID-19 yang cuba melarikan diri bertukar cemas apabila terperangkap di tingkat satu Hospital Keningau, Sabah, awal pagi Ahad.
News Editor 1 in Berita Terkini 3 years ago

Berita Terkini| SPRM perlu kaedah baharu cegah rasuah! Tangani ketirisan libatkan dana kerajaan!

PENDEKATAN penguatkuasaan undang-undang mencegah rasuah perlu selaras dengan peredaran masa, pembangunan negara, perkembangan ekonomi dan politik
News Editor 1 in Berita Terkini 3 years ago