Berita Terkini 11 Jul, 2021

Berita Terkini| Kes harian Covid-19 stabil dalam seminggu dua! Proses vaksin giat dilaksanakan!

@news editor 1
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke [email protected]

Share this

LONJAKAN kes baharu sejak beberapa hari lepas adalah berikutan lebih banyak saringan bersasar Covid-19 dilaksanakan khususnya di Selangor dan Kuala Lumpur yang dikenakan PKPD. - Kredit foto: Sinar Harian


KEMENTERIAN Kesihatan (KKM) menjangkakan jumlah kes harian Covid-19 di negara ini, akan stabil dan menunjukkan penurunan dalam tempoh seminggu atau dua minggu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, menerusi proses vaksinasi yang giat dilaksanakan di seluruh negara serta kawalan kesihatan awam masih berkuat kuasa seperti sekatan pergerakan ketika ini, mampu melandaikan semula keluk jangkitan wabak itu.

Lonjakan kes baharu sejak beberapa hari lepas adalah berikutan lebih banyak saringan bersasar Covid-19 dilaksanakan khususnya di Selangor dan Kuala Lumpur yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) ketika ini.

“KKM sudah jangkakan memang dengan sekatan pergerakan di kawasan Lembah Klang, kes harian akan meningkat kerana saringan bersasar dan saringan komuniti dilaksanakan.

“Namun, saya yakin dengan kaedah kawalan yang baik (sekatan pergerakan) kita akan lihat jumlah kes lebih stabil serta menunjukkan penurunan dalam seminggu lebih atau dua minggu. Pada masa sama, proses vaksinasi perlu dipercepatkan,” katanya seperti dipetik oleh Bernama pada Ahad, 11 Julai 2021.

Dr Noor Hisham berkata, mengambil pengalaman dan iktibar daripada kesan gelombang kedua Covid-19 sebelum ini, negara perlu lebih berhati-hati dan tidak tergesa-gesa untuk membuka beberapa sektor yang boleh mencetuskan lagi lonjakan kes baharu. - KitaReporters



 

 

0
0
0
0
0
You will be interested

Berita Terkini| Suntikan vaksin guna picagari kosong! Penyuntik tersilap! CITF-A pohon maaf!

Proses vaksinasi ke atas seorang remaja berusia 12 tahun gunakan picagari kosong berpunca akibat petugas kesihatan tersilap ambil picagari masih belum digunakan

News Editor 2 in Berita Terkini 3 years ago

Berita Terkini| Sesi persekolahan bermula di 3 negeri! Libatkan pelajar SPM, STPM,PPKI dan MBK!

SESI persekolahan secara bersemuka bermula di Terengganu, Kelantan dan Langkawi, Kedah hari ini, selepas enam bulan sekolah di seluruh negara ditutup
News Editor 1 in Berita Terkini 3 years ago

Berita Terkini| 69 kampung orang Asli Pahang terima Internet|Pelaksanaan projek bermula minggu ini!

SEBANYAK 69 kampung orang asli seluruh Pahang bakal menjalani kehidupan lebih se
News Editor 1 in Berita Terkini 3 years ago

Berita Terkini| Pesakit Covid-19 mahu lari tapi terperangkap! Nasib baik diselamat pasukan bomba!

TINDAKAN seorang pesakit COVID-19 yang cuba melarikan diri bertukar cemas apabila terperangkap di tingkat satu Hospital Keningau, Sabah, awal pagi Ahad.
News Editor 1 in Berita Terkini 3 years ago

Berita Terkini| SPRM perlu kaedah baharu cegah rasuah! Tangani ketirisan libatkan dana kerajaan!

PENDEKATAN penguatkuasaan undang-undang mencegah rasuah perlu selaras dengan peredaran masa, pembangunan negara, perkembangan ekonomi dan politik
News Editor 1 in Berita Terkini 3 years ago