Berita Terkini 23 Aug, 2021

Berita Terkini| Ismail Sabri mulakan tugas PM! Ke Yan jumpa rakyat terkesan fenomena kepala air!

@news editor 1
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke [email protected]

Share this

PERDANA MENTERI melambai tangan ke arah media yang menunggu ketibaannya di hadapan bangunan Perdana Putra kira-kira 8.23 pagi, 23 ogos 2021. - Kredit foto: Sinar Harian


PERDANA Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini, 23 Ogos 2021 memulakan tugas secara rasmi di Perdana Putra, Putrajaya.

Kenderaan membawa pemimpin nombor satu negara itu tiba di pekarangan bangunan Perdana Putra jam 8.23 pagi.

Sebaik sahaja tiba di pintu protokol, beliau sempat melambaikan tangannya ke arah pengamal media yang berada di pintu masuk berkenaan.

Memetik laporan Berita Harian, ketibaan Ismail Sabri disambut oleh Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali dan dan Timbalan Ketua Setiausaha Kanan Jabatan Perdana Menteri (JPM), Datuk Jamil Rakon.

Ismail Sabri yang mengenakan sut serba hitam kemudian mengimbas kad perakam waktu di pejabatnya di Aras 5.

Ahli Parlimen Bera itu kemudiannya mengaminkan doa yang dipimpin oleh Pegawai Integriti JPM, Muhd Redza Ahmad sebelum menandatangani Buku Selamat Datang.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Bera mengangkat sumpah jawatan Perdana Menteri kesembilan di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara, Kuala Lumpur pada Sabtu, 21 Ogos 2021.

Selepas melapor diri di Perdana Putra, Ismail Sabri dijadualkan mengadakan lawatan kerja pertamanya ke Kedah bagi meninjau keadaan kawasan yang terjejas akibat banjir susulan fenomena kepala air dari Gunung Jerai yang berlaku Rabu, 18 Ogos 2021.

Sementara itu, memetik atur cara dikeluarkan Bahagian Komunikasi Korporat, kerajaan negeri Kedah Darul Aman, Ismail Sabri dijadual berlepas dari Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang, Selangor menaiki pesawat khas pada jam 10 pagi dan dijangka tiba di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim 45 minit kemudian.

Beliau akan ke Merbok di daerah Kuala Muda bagi melawat kawasan terjejas banjir di kawasan berkenaan, iaitu Jambatan Tupah dan Taman Lembah Merbok sebelum meninjau keadaan Loji Rawatan Air Tupah yang turut terkesan.

Ismail Sabri kemudian akan ke Titi Hayun di Yan dan akan diberikan taklimat oleh Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor mengenai perkembangan semasa susulan kejadian banjir itu selain meninjau kawasan terjejas di situ. - KitaReporters


 

 

0
0
0
0
0
You will be interested

Berita Terkini| Suntikan vaksin guna picagari kosong! Penyuntik tersilap! CITF-A pohon maaf!

Proses vaksinasi ke atas seorang remaja berusia 12 tahun gunakan picagari kosong berpunca akibat petugas kesihatan tersilap ambil picagari masih belum digunakan

News Editor 2 in Berita Terkini 3 years ago

Berita Terkini| Sesi persekolahan bermula di 3 negeri! Libatkan pelajar SPM, STPM,PPKI dan MBK!

SESI persekolahan secara bersemuka bermula di Terengganu, Kelantan dan Langkawi, Kedah hari ini, selepas enam bulan sekolah di seluruh negara ditutup
News Editor 1 in Berita Terkini 3 years ago

Berita Terkini| 69 kampung orang Asli Pahang terima Internet|Pelaksanaan projek bermula minggu ini!

SEBANYAK 69 kampung orang asli seluruh Pahang bakal menjalani kehidupan lebih se
News Editor 1 in Berita Terkini 3 years ago

Berita Terkini| Pesakit Covid-19 mahu lari tapi terperangkap! Nasib baik diselamat pasukan bomba!

TINDAKAN seorang pesakit COVID-19 yang cuba melarikan diri bertukar cemas apabila terperangkap di tingkat satu Hospital Keningau, Sabah, awal pagi Ahad.
News Editor 1 in Berita Terkini 3 years ago

Berita Terkini| SPRM perlu kaedah baharu cegah rasuah! Tangani ketirisan libatkan dana kerajaan!

PENDEKATAN penguatkuasaan undang-undang mencegah rasuah perlu selaras dengan peredaran masa, pembangunan negara, perkembangan ekonomi dan politik
News Editor 1 in Berita Terkini 3 years ago