Berita Terkini 30 Jul, 2021

Berita Terkini| Parlimen: 11 individu dikesan positif Covid-19 29 Julai! Majoriti tiada gejala!

@news editor 2
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke editor@kitareporters.com

Share this

Gambar hiasan...  Individu yang bergejala dinasihatkan tidak hadirkan diri ke sidang Parlimen. - Kredit foto: Jabatan Penerangan


SERAMAI 11 individu termasuk petugas dikesan positif Covid-19 dalam saringan dilakukan di Parlimen pada 29 Julai 2021 dengan majoriti daripada mereka tidak bergejala.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah itu hanya dua daripada mereka dikesan bergejala ringan.

“Sebanyak 10 kes positif dikesan melalui RTK-AG Saliva Test Kit dan bakinya menerusi RT-PCR. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dimaklumkan terdapat dua kes positif Covid-19 pada jam 12.30 tengah hari.

"Kes pertama babitkan seorang petugas yang hadir ke Parlimen pada Isnin sehingga Rabu. Individu ini dilaporkan positif Covid-19 pada 29 Julai 2021 melalui ujian pengesahan RT-PCR  dijalankannya di sebuah fasiliti kesihatan kerana alami gejala batuk serta selesema.

“Kes kedua bagi individu bergejala pula dikesan semasa saringan di Parlimen pada pagi 29 Julai 2021 dengan menggunakan ujian kendiri RTK- AG Saliva susulan individu ini mengalami gejala batuk,” katanya dipetik laporan Sinar Harian, 30 Julai 2021.

Tambah beliau, berdasarkan maklumat awal serta sejarah pergerakan didapati kedua-dua kes tersebut dikhuatiri telah berada di beberapa lokasi di sekitar Parlimen semasa tempoh Sidang Mesyuarat Khas Parlimen.

Ujar Dr Noor Hisham lagi, semua yang akan hadir ke sesi Sidang Mesyuarat Khas Parlimen minggu hadapan dinasihatkan menjalankan ujian saringan Covid-19 terlebih dahulu dan bagi yang bergejala disarankan tidak hadirkan diri. - KitaReporters


1
1
0
0
0
You will be interested

Berita Terkini| Suntikan vaksin guna picagari kosong! Penyuntik tersilap! CITF-A pohon maaf!

Proses vaksinasi ke atas seorang remaja berusia 12 tahun gunakan picagari kosong berpunca akibat petugas kesihatan tersilap ambil picagari masih belum digunakan

News Editor 2 in Berita Terkini 2 years ago

Berita Terkini| Sesi persekolahan bermula di 3 negeri! Libatkan pelajar SPM, STPM,PPKI dan MBK!

SESI persekolahan secara bersemuka bermula di Terengganu, Kelantan dan Langkawi, Kedah hari ini, selepas enam bulan sekolah di seluruh negara ditutup
News Editor 1 in Berita Terkini 2 years ago

Berita Terkini| 69 kampung orang Asli Pahang terima Internet|Pelaksanaan projek bermula minggu ini!

SEBANYAK 69 kampung orang asli seluruh Pahang bakal menjalani kehidupan lebih se
News Editor 1 in Berita Terkini 2 years ago

Berita Terkini| Pesakit Covid-19 mahu lari tapi terperangkap! Nasib baik diselamat pasukan bomba!

TINDAKAN seorang pesakit COVID-19 yang cuba melarikan diri bertukar cemas apabila terperangkap di tingkat satu Hospital Keningau, Sabah, awal pagi Ahad.
News Editor 1 in Berita Terkini 2 years ago

Berita Terkini| SPRM perlu kaedah baharu cegah rasuah! Tangani ketirisan libatkan dana kerajaan!

PENDEKATAN penguatkuasaan undang-undang mencegah rasuah perlu selaras dengan peredaran masa, pembangunan negara, perkembangan ekonomi dan politik
News Editor 1 in Berita Terkini 2 years ago