Berita Terkini 17 Aug, 2021

Berita Terkini| Kontraktor lebuh raya disyaki curi air? Sambungan haram! Bekalan air tergangggu!

@news editor 2
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke editor@kitareporters.com

Share this

SPAN dan Pengurusan Air Selengor berjaya mengesan tindakan kontraktor projek lebuh raya di Ampang Jaya, Selangor yang menyambung air secara haram. - Kredit foto:  FB SPAN


KONTRAKTOR projek lebuh raya di Ampang Jaya, Selangor dikesan, dalam satu operasi pada 16 Ogos 2021, melakukan penyambungan air secara haram yang disyaki bagi menjalankan projek pembinaan.

Operasi penguatkuasaan itu dijalankan oleh Bahagian Penguatkuasaan dari Ibu Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) bersama pihak Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd hasil aduan diterima daripada pengguna.

Memetik laporan Sinar Harian pada 17 Ogos 2021, SPAN dalam kenyataannya memaklumkan tindakan kontraktor tersebut telah menyebabkan 60 akaun pengguna mengalami gangguan air secara tidak berjadual.

“Operasi berjaya menemukan sebuah tapak projek lebuh raya yang lakukan sambungan bekalan air secara tidak sah dipercayai menyalurkan bekalan ke kawasan projek untuk kegunaan operasi serta aktiviti harian.

“Ujian klorin dijalankan di lokasi mengesahkan bekalan air itu merupakan air terawat yang diterima daripada sumber bekalan milik Air Selangor.

“Notis pemberitahuan kesalahan telah dikeluarkan kepada kontraktor terlibat. Pihak operator juga berusaha baik pulih sistem bekalan air yang alami gangguan akibat tindakan berkenaan,” katanya.

SPAN memaklumkan, kes disiasat di bawah peruntukan Seksyen 125 Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (Akta 655), jika disabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali. KitaReporters


1
0
0
0
0
You will be interested

Berita Terkini| Suntikan vaksin guna picagari kosong! Penyuntik tersilap! CITF-A pohon maaf!

Proses vaksinasi ke atas seorang remaja berusia 12 tahun gunakan picagari kosong berpunca akibat petugas kesihatan tersilap ambil picagari masih belum digunakan

News Editor 2 in Berita Terkini 2 months ago

Berita Terkini| Sesi persekolahan bermula di 3 negeri! Libatkan pelajar SPM, STPM,PPKI dan MBK!

SESI persekolahan secara bersemuka bermula di Terengganu, Kelantan dan Langkawi, Kedah hari ini, selepas enam bulan sekolah di seluruh negara ditutup
News Editor 1 in Berita Terkini 2 months ago

Berita Terkini| 69 kampung orang Asli Pahang terima Internet|Pelaksanaan projek bermula minggu ini!

SEBANYAK 69 kampung orang asli seluruh Pahang bakal menjalani kehidupan lebih se
News Editor 1 in Berita Terkini 2 months ago

Berita Terkini| Pesakit Covid-19 mahu lari tapi terperangkap! Nasib baik diselamat pasukan bomba!

TINDAKAN seorang pesakit COVID-19 yang cuba melarikan diri bertukar cemas apabila terperangkap di tingkat satu Hospital Keningau, Sabah, awal pagi Ahad.
News Editor 1 in Berita Terkini 2 months ago

Berita Terkini| SPRM perlu kaedah baharu cegah rasuah! Tangani ketirisan libatkan dana kerajaan!

PENDEKATAN penguatkuasaan undang-undang mencegah rasuah perlu selaras dengan peredaran masa, pembangunan negara, perkembangan ekonomi dan politik
News Editor 1 in Berita Terkini 2 months ago